bertemu lagi…kali ini update untuk cik Fifi plak..untuk majlis pertunangan beliau yang telah berlangsung pada Jun 2011 yang lepas…maaf yer Fifi..lambat update dalam blog 🙂

untuk majlis kali ini Cantik Manis telah mendekorasikan mini pelamin beliau..menggunakan bunga-bunga matahari yang segar…dan bertemakan warna kuning… solekan & tatarias untuk hari majlis juga adalah dari Cantik Manis sendiri…

terima kasih buat Fifi sekeluarga & juga teman2 nya…sebahagian gambar majlis adalah daripada koleksi peribadi beliau… semoga kekal bahagia hendaknya & bahagia selalu 🙂


 

akhirnya…thanks so much to our photographer Shafiq Zubai…gambar2 ni semua dari En Photog…

sekitar majlis pernikahan di hari bahagia kekanda tersayang…10.10.10… bertema purple & putih…kalau dua entry sebelum ini untuk hantaran2…kali ini entry untuk sekitar majlis..dari akad nikah…makan beradab..& outdoor…

majlis berlangsung di teratak ayahanda & bonda…di Mersing Johor… off course..untuk family sendiri..semuanya hasil kerja tangan kami…dari hantaran, bunga telur, pelamin & deco, make-up & aksesori, persalinan pengantin..dan segala2nya…hehehhehe… 🙂

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077   |   Bandar Baru Bangi, Selangor

entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic….. 🙂