January 2010


Salam semua…entry kali ini masih lagi job penghujung tahun 2009…sedikit sibuk dengan hal-hal lain membataskan masa untuk update blog Cantik Manis…

Majlis ini berlangsung pada cuti hari Krimas yang lalu….majlis pertunangan antara my lovely friend Ekin…dan pilihan hati yang panggilan mesranya Kamen….untuk majlis ini…segalanya disediakan oleh Ekin…dari persalinan hinggalah hantaran…katanya…inilah hasil selalu mengikut kami memasang pelamin & menggubah bunga…thanks dear…saya cuma datang sebagai jurumekap dan juga sebagai tetamu….tapi sebenarnya…rumah ini telah seringkali dikunjungi…dan lagi berada di dalam keluarga Johor…rasanya seperti keluarga sendiri….

untuk Ekin & Kamen…congratulations….moga terus bahagia…menanti hari persandingan…


salam untuk semua…

entry kali ini masih lagi dari tahun 2009…alhamdulillah…job ini datang secara tiba-tiba….dah agak lama tak pergi menyolek pengantin…tp alhamdulillah…semuanya berjalan lancar….walaupun agak sedikit lambat…

pagi yang sama juga diadakan majlis pertunangan kakak pengantin….tengahari nya pula bersambung dengan majlis persandingan si adik…saya diberi tanggungjawab untuk merias si adik yang menjadi raja sehari untuk hari itu…

thanks to kak Sarina yang bagi job ni…thanks to pengantin, Ninie & family yang baik melayan saya….

enjoy the pics 🙂


entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic….. 🙂



Rasanya belum terlambat untuk Rumah Pengantin Cantik Manis mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua….

Rasa baru semalam menyambut kedatangan tahun baru….tapi rupa-rupanya seminggu sudah berlalu…

Alhamdulillah….sokongan daripada semua…sudah ada job2 yang mengisi kalendar tahun 2010 Cantik Manis…insyaAllah…semua gambar2 dekorasi & pengantin akan di update secepat mungkin….sabar ya kawan-kawan… 🙂

SeLAmaT TaHUn BaRU 2010….