March 2011


entry yang tertinggal…kali ini untuk gubahan hantaran…tapi hanya dua sahaja…& request dari 2 orang yg berbeza…gubahan coklat ke utara & bakul buah ke Pahang…kebetulan request nya mahukan warna yang sama…jadik ini lah hasilnya…

kali ini untuk buai berendoi majlis cukur jambul teman sepejabat my sister…actually untuk tarikh ini ada 2-3 orang yang bertanya…but at last panggilan dari Shima secara tiba-tiba ni yang dapat dek kerana yang awal2 bertanya tu semuanya xjadik…Alhamdulillah…ada rezeki kami lagi nampaknya bila Shima trus aje confirm nak guna buai ni….

masa nak pasang buai…terkejut sekejap sebab bila sampai depan rumah khemah nya berderet2…rupa-rupanya ada kenduri kahwin esoknya..jadik background buai ni adalah pelamin adik Shima untuk esok hari…thanks to Shima & family…


entri kali ni tergendala seketika sebab agak bz…

kali ini untuk mini pelamin yang telah kami pasang di bandar baru bangi…untuk majlis pertunangan Cik Aimi…memilih tema warna purple & putih…& memilih kerusi untuk memudahkan pergerakan mereka…pelamin kali ini juga dihiasi dengan lampu fairylight di sebalik tabir….

~~ Cantik Manis Bridal ~~

istimewa untuk si kecil…kali ini untuk majlis cukur jambul untuk puteri kesayangan teman baik saya…puteri kepada Linda & Shamsul…Rania Nur Syuhada….

bertempat di Gombak, Cantik Manis mendekorasikan buai berendui ini istimewa untuk Rania…memilih pink sebagai warna tema…sesuai untuk little princess… thanks Linda, untuk tapaukan makanan kenduri… 🙂

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

entri kali ini untuk majlis perkahwinan Wan Nurul Iman & Muhammad Zayyad…majlis berlangsung di Sazavila, Kg Tunku Petaling Jaya…untuk majlis ini Cantik Manis hanya menatarias pasangan pengantin sahaja…& as request…solekan yang sangat simple untuk Iman…

thanks to pasangan raja sehari…Iman & Zayyad..moga kekal bahagia hingga ke anak cucu, to all the family Dato’ Wan Saleh & Datin Dr Zaimah yang lebih mesra dipanggil kak Zai..to Iman aunt @ kak Kirra…my sister friend 🙂 …kredit to team photog FUNthography & Hybridphotoon…akak copy gambar 2-3 keping yer… & untuk semua yang menjadi teman saya di malam tersebut….

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~


kali ini entry untuk mini pelamin & make-up untuk majlis pertunangan Ain..bertempat di Kajang Utama, Kajang…

untuk majlis kali ini, kami mendekorasikan sebuah mini pelamin simple…sesuai dengan tema majlis yang di pilih…its all about blue 🙂 namun sedikit kelainan bagi bride to be…memilih busana putih & sedikit warna soft pink..terserlah kelainan bila di pelaminan..di tambah dengan make-up simple sesuai untuk majlis pertunangan…

thanks to Ain, friends & family…moga bahagia2 selalu yer…

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

mini pelamin kali ini untuk majlis pertunangan anakanda kepada sahabat kakak…bertempat di AU1,  Wangsa Maju Kuala Lumpur… memilih untuk kelihatan simple..dengan warna biru muda (baby blue)..dihiasi lantern2 juga dari warna yang sama…

untuk bakal pengantin…moga kekal bahagia ke jinjang perkahwinan…

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

jika sebelum ini entry untuk gubahan hantaran daripada Nadhirah & pasangan nya…kali ini entry untuk mini pelamin pula….bertemakan warna pink..mini kali ini mempunyai saiz yang sama dengan mini2 yang lain tetapi ianya kelihatan sedikit besar dari saiz biasa kerana penggunaan scallop tepi yang ditarik keluar dari backdrop pelamin…

untuk Nadhirah…moga kekal bahagia hingga ke jinjang perkahwinan… 🙂

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~