kali ini update tertinggal lagi untuk pelamin nikah & sanding buat Aimi..kalau dulu untuk majlis pertunangan..Aimi memilih warna purple & putih..kali ini ntuk majlis nikah bertemakan pink & majlis sanding bertemakan peach..

untuk majlis nikah kami memberi sedikit kelainan kerana menggunakan arch, tidak ada backdrop, simple garden dikelilingi paper lantern sesuai mengikut tema.. dan sedikit sentuhan bunga segar menambahkan seri untuk pengantin… untuk pelamin sanding pula Aimi mahukan warna peach, menggunakan pelamin 1 panel, ditambah dengan para penuh dengan juntaian daun2 kecil, berkonsepkan garden… juga menggunakan bunga2 segar dari tema warna yang sama… untuk Aimi & pasangan..moga kekal bahagia ke akhirnya🙂