kali ini kita ke Shah Alam pula yer…dekorasi pelamin untuk majlis nikah di Seksyen 7 Shah Alam..kerjasama Cantik Manis & Chahaya Chinta…. pelamin kali ini bertemakan warna biru & menggunakan bunga-bunga segar juga dari rona warna yang sama…semoga pasangan ini kan kekal bahagia… 🙂

entry kali ini skip 1 entry sementara menunggu gambar di uplod oleh my sister..sbb gambar tu guna kamera lain…
kali ini ke Bandar Tun Razak lagi..untuk mini pelamin bagi majlis pertunangan cik Rabeah atau lebih mesra di panggil Abby…mulanya agak cuak sebab Abby xble nak bagi date yang confirm sebab bakal tunang nya bekerja jauh…tp alhamdulillah…semuanya berjalan lancar bila akhirnya mereka dapat menetapkan tarikh majlis…
untuk Abby..mini pelamin ni simple jer…bersesuaian dengan warna tema yang telah dipilih…biru-silver-putih… & mini pelamin dengan hiasan lantern ball ini terus menjadi pilihan… to Abby & encik tunang…moga kekal ke jinjang pelamin…jangan lupa jemput nanti yer…

</a>

mini pelamin kali ini untuk majlis pertunangan anakanda kepada sahabat kakak…bertempat di AU1,  Wangsa Maju Kuala Lumpur… memilih untuk kelihatan simple..dengan warna biru muda (baby blue)..dihiasi lantern2 juga dari warna yang sama…

untuk bakal pengantin…moga kekal bahagia ke jinjang perkahwinan…

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

sibuk beraya sama…lupa pada update yang sepatutnya…ehehhehe…

kali ini entry untuk pelamin panel..untuk job kali ini & seperti selalunya jika di Shah Alam adalah kerjasama dengan Chahaya Chinta…pelamin ini di request oleh pihak pengantin…dia nak sama macam pelamin seperti yang pernah direka oleh butik lain…so, kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian mereka….

tema color biru turqoise & putih…deko kali ini untuk pelamin dan bilik tidur…nampak simple…tapi cantik… 🙂 thanks to Echa from Chahaya Chinta…thanks to Pengantin & Family for support & layanan untuk kami semasa berada di sana…



masih lagi dalam kehangatan berhari raya…namun kerja tetap kerja kan…

ok..untuk kali ini gambar-gambar deco untuk majlis pernikahan Diana..majlis berlangsung di Shah Alam…bertemakan english & moden..gabungan warna soft blue, silver & putih…juga menggunakan gabungan bunga-bunga segar yang terdiri daripada roses, daisy, gerbera dan sebagainya…

job kali ini juga daripada teman kami Chahaya Chinta..our partner in Shah Alam…thanks Echa…very thankful juga untuk keluarga pengantin..yang sangat ramah & baik hati melayan kami hingga jam 3.30 pagi…

pelamin nikah…moden english

hiasan meja beradab & meja tetamu

meja potong kek

bunga hiasan tangga & pintu gerbang

Rumah Pengantin Cantik Manis | Bandar Baru Bangi, Selangor | Azura 019 2880788 | Ramlah 017 6686077

entry pertama untuk job bulan Mac adalah Buai Berendui….kali ini kami berkerjasama dengan Echa dari Shah Alam…walaupun masih di dalam pantang…Echa tetap hadir bersama si kecil nya…thanks so much…

buai berendui kali ini adalah untuk majlis cukur jambul anak kepada salah seorang Imam di Masjid Shah Alam…oleh itu mereka mengadakan majlis ini di dewan seminar masjid tersebut…

bertemakan warna biru turqoise dan putih…menggunakan bunga-bunga segar dari rona warna yang sama…ros biru dan pom2 daisy biru serta putih…berkonsepkan ala taman…juga menggunakan blok kayu untuk ruang buai…

terima kasih pada semua yang terlibat…enjoy the pics… 🙂

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

salam semua…

entry kali ini untuk mini pelamin terakhir di bulan Februari…mini pelamin kali ini untuk cik Shafiza di Gombak…Fiza memilih mini pelamin yang simple…bertemakan warna biru firus atau biru turqoise dan putih…senada warna baju dan tema majlis….

mini pelamin kali ini menggunakan bunga pomander sebagai pelengkap pelamin…mini pelamin untuk Fiza terpaksa kami pasang awal kerana minggu tersebut saya mengikut trip ke Tioman & kakak pula ingin pulang ke kampung kerana cuti yang agak panjang….boleh posing sakan dulu kan Fiza…hehehhee…

Thanks to Fiza & family….katanya menerusi email apabila menghantar beberapa keping gambar majlis…Alhamdulillah…semua memuji mini pelamin nya yang cantik berseri….thanks so much my new friends… & enjoy the pics…


Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   : Ramlah 017 6686077

Salam untuk semua…

kali ini pelamin yang telah dipasang di Semenyih, Selangor. menggunakan konsep biru & putih, dan ini kali kedua kami memasang pelamin di rumah yang sama…oleh kerana ruang yang agak terhad, kami tidak dapat membuatkan pelamin ni nampak besar dengan tambahan di tepi pelamin.

thanks to kak asmah yang bagi kitorang job ni….thanks to ekin yang tiba-tiba jadik my assistant tuk hari tu…cuma mengambil masa kurang 2 jam…alhamdulillah semuanya berjalan lancar…