April 2010


sambungan dari majlis Nikah @ Bandar Tun Razak….

Majlis bersanding Hidayah & pasangannya diadakan keesokan harinya di dewan yang sama….cuma jika majlis nikah di bilik VIP….majlis persandingan ini di dewan besar…

Set pelamin ini pernah kami pasang di Kg Pengantin pada 2009…Hidayah terus terpikat pada set pelamin ini sehingga tidak mahu mengubah apa2 kecuali menggantikan bunga kepada artificial flower sahaja….kerana katanya memang sangat bersesuaian dengan tema majlis persandingannya hitam & putih…

terima kasih banyak2 pada pengantin sekeluarga…

Rumah Pengantin Cantik Manis    :    Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788    :    Ramlah 017 6686077

Advertisements

entry kali ini adalah fasa pertama untuk majlis pernikahan & persandingan Siti Nur Hidayah dan pasangan…

untuk majlis pernikahan, Siti memilih untuk mempunyai mini pelamin kerana majlis ini diadakan di bilik VIP Dewan Komuniti, Bandar Tun Razak Cheras. majlis pernikahan beliau diadakan pada sebelah malam…dan majlis persandingan di dewan besar pada keesokan harinya…

bertemakan hitam, putih, kelabu & silver…untuk mini pelamin sahaja menggabungkan tona warna kelabu & silver…serta gantungan bola2 kristal…mini pelamin ini simple dan menggunakan lampu hiasan “lantern ball” sebagai hiasan tepi…


Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk pelamin Buai Berendui…majlis ini adalah untuk majlis cukur jambul yang diadakan di Alam Damai, Cheras…

pada mulanya memang Pn Anira merancang untuk mempunyai dekorasi buai berendui…walaubagaimana pun ianya terpaksa dibatalkan atas alasan2 tertentu…tetapi secara tiba2 saya mendapat panggilan semula daripada beliau pada tengah malam sebelum majlis berlangsung esok pagi, dan meminta untuk saya membuat pelamin buai berendui seperti yang dibincangkan sebelum ini…alhamdulillah…rezeki itu masih milik kami…akhirnya saya sampai jam 7 pagi di rumah Pn Anira…mengambil masa hampir 1 jam setengah untuk menyiapkan dekorasi buai…alhamdulillah, semuanya selesai dan majlis beliau bermula tepat jam 9.30 pagi…satu pengalaman yang mungkin tak dapat saya lupakan 🙂

terima kasih pada Pn Anira sekeluarga…siap ada breakfast lagi…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk majlis bertandang pasangan Yus & Nurul…majlis berlansung pertengahan bulan Mac yang lalu di Taman Sri Nanding Hulu Langat Selangor…majlis ini diuruskan oleh Kak Sarina…dari pelamin, baju dan sebagainya….saya cuma datang untuk tolong make-up pengantin sahaja…walau bagaimana pun..saya perlu menunggu hingga ke petang kerana pengantin akan bertukar kepada persalinan gown untuk majlis potong kek…

pada mulanya..pengantin bersiap di rumah keluarga pengantin perempuan…dan mereka mengejar masa untuk ke Langat…jadik semua kerja perlu di selesaikan dalam masa yang agak terhad…sehingga samping untuk pengantin lelaki terpaksa disiapkan di tepi jalan sementara menunggu semua rombongan bersiap2 untuk berarak…

alhamdulillah…semua nya berjalan lancar…walau pun panas & agak penat…thanks to pengantin yang banyak beri kerjasama…& thanks to kak Sarina yang sentiasa bagi job make-up…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077