entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic…..🙂