entry kali ini untuk set pelamin nikah bunga segar..kali ini kami ke Taman Botani Klang..job ini adalah kerjasama dengan our business partner kat Shah Alam..Chahaya Chinta…

walaupun job ini agak mengejut..sebab rancangan asalnya pengantin mahu mengadakan majlis nikah di masjid sahaja, tetapi last minute ada sedikit masalah & rancangan terpaksa bertukar ke rumah…tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar…cuma sedikit masalah dengan bunga yang tidak dapat warna yang sama untuk kuantiti yang banyak… tapi hasilnya tetap cantik…

untuk pengantin..semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia…Selamat Pengantin Baru 🙂

 



jika sebelum ini entry untuk gubahan hantaran daripada Nadhirah & pasangan nya…kali ini entry untuk mini pelamin pula….bertemakan warna pink..mini kali ini mempunyai saiz yang sama dengan mini2 yang lain tetapi ianya kelihatan sedikit besar dari saiz biasa kerana penggunaan scallop tepi yang ditarik keluar dari backdrop pelamin…

untuk Nadhirah…moga kekal bahagia hingga ke jinjang perkahwinan… 🙂

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

mini pelamin kali ini agak istimewa…kerana ianya untuk majlis Khatam Quran adik Rina…puteri kepada salah seorang teman baik my sister…saya lebih senang memanggil beliau kak Syam…

sesuai untuk si comel…warna pink menjadi tema majlis & mini pelamin…juga kami selitkan gantungan candle holder yang mempunyai sedikit ciri keIslaman…

thanks to kak Syam…sedap makan petang tu…hehehehe….




last entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…untuk majlis persandingan di Dewan De’Sri Endon, Putrajaya..kami diamanahkan untuk menyediakan deco meja beradap…pelamin..walkway..& hiasan di depan stage…

gabungan warna2 pink & purple…diselitkan dengan warna hijau..& sedikit putih untuk gabungan bunga2 segar…untuk pelamin di dewan, kami menggunakan set pelamin 5 panel…dihiasi bunga2 segar…untuk walkway & hiasan tepi stage…masih menggunakan candle holder milik tuan rumah 🙂

thanks to all the family…sgt2 memberi support pada kami…thanks mak aji..thanks pak aji…thank you so much pada semua yang membantu untuk kali ini…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077