ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… 🙂

alhamdulillah…untuk majlis resepsi kali ini kami dapat sekali lagi bekerjasama dengan keluarga Safia…sebenarnya kami telah pun mendekorasikan pelamin nikah, bilik pengantin, & gazebo untuk majlis pernikahan mereka pada kira2 sebulan sebelum majlis resepsi ini…

projek kali ini juga usahasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…memilih tema biru & pink..kali ini majlis diadakan di Dewan Tabung Haji Kelana Jaya..untuk majlis kali ini..kami diamanahkan untuk menghias laluan masuk (entrance), pintu gerbang, walkway, hiasan meja makan & bawah stage (turutan untuk gambar di bawah yerrr…)

thanks you so much untuk semua yang terlibat…& juga keluarga pengantin… juga pihak Tabung Haji… 🙂

 

~ Rumah Pengantin Cantik Manis ~

last entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…untuk majlis persandingan di Dewan De’Sri Endon, Putrajaya..kami diamanahkan untuk menyediakan deco meja beradap…pelamin..walkway..& hiasan di depan stage…

gabungan warna2 pink & purple…diselitkan dengan warna hijau..& sedikit putih untuk gabungan bunga2 segar…untuk pelamin di dewan, kami menggunakan set pelamin 5 panel…dihiasi bunga2 segar…untuk walkway & hiasan tepi stage…masih menggunakan candle holder milik tuan rumah 🙂

thanks to all the family…sgt2 memberi support pada kami…thanks mak aji..thanks pak aji…thank you so much pada semua yang membantu untuk kali ini…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

masih lagi entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…kali ini untuk majlis akad nikah yang berlangsung di Kajang…rumah nenda kepada Salwa…tempat yang sama di mana ayahanda & bonda beliau bersanding…

untuk majlis nikah ini…kami menyediakan pelamin nikah untuk mereka…platform hantaran, deco meja tetamu & walkway… untuk meja tetamu..diselangselikan dengan hiasan candle holder & hiasan bunga….untuk walkway juga dengan candle holder yang lebih besar…kedua2 candle holder ini milik tuan rumah yer…

untuk pelamin nikah…diselitkan dengan panel moorish…yang ditempah khas oleh tuan rumah juga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 0192880788   |   Ramlah 0176686077


dah lama kawan2 my sister tunggu entry ni…sori sebab lambat update…

entry kali ini untuk majlis pernikahan & persandingan pasangan Qamarina & Azmil…lebih mesra dipanggil Qama…merupakan teman sepejabat my sister… kami diamanahkan untuk mendekorasikan dua pelamin…satu di rumah untuk majlis nikah..& satu lagi untuk majlis sanding di dewan minggu berikutnya…juga dekorasi untuk laluan pengantin (walkway flower)…

untuk majlis nikah…mini pelamin ala garden disesuaikan dengan tema majlis light purple…manakala untuk majlis persandingan di dewan KDE pada minggu berikutnya Qama memilih Pelamin Qaseh…cuma disesuaikan dengan warna tema gold-coklat…dan menggunakan gabungan bunga segar & artificial..

thanks so much to kawan2 my sister…sebab keseluruhan gambar2 pengantin & pelamin nikah adalah dari mereka… big thank you to Elinazz Photography & Laily Jaafar… 🙂

*** majlis pernikahan Qama & Amil ***

*** majlis persandingan di dewan KDE, Ampang

Rumah Pengantin Cantik Manis @ Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi : Azura 019 2880788 @ Ramlah 017 6686077

entry kali ini sekitar majlis perkahwinan anak-anak saudara kami lagi…kalau entry yang lepas adalah untuk majlis pernikahan…kali ini untuk majlis perkahwinan di Dewan Sri Melati Putrajaya…

untuk majlis di dewan, Faidah & Taqwa tetap memilih konsep garden tetapi lebih simple…memilih tema warna biru turqoise & royal purple…2 warna berbeza…oleh itu kami menambah sedikit warna oren & putih untuk menampakkan lebih harmoni…untuk majlis di dewan, merangkumi dekorasi backdrop pentas…hiasan meja makan…& bunga walkway sepanjang laluan pengantin….kesemuanya menggunakan bunga-bunga segar…

persiapan kami bermula dr jam 10 mlm…dan berakhir jam 5 pagi…thank you so much to my family…kak lah, syahril, aun, lina, ii, dd, fifi, fizu, miru, afiq, & my dear fren ekin….& to myself la…alhamdulillah, semua jemputan juga menyukai hiasan & dekorasi kali ini…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788     :     Ramlah 017 6686077


Salam untuk semua…

Kali ini deko untuk Dewan Cheras Baru pula…deko kali ini melibatkan pelamin saiz dewan yang sangat simple, meja makan beradab untuk pengantin…dan laluan pengantin (walkway). Kesemua deko menggunakan konsep warna merah & putih termasuk bunga2 nya…proses mendekorasi nya agak cepat…mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja…dan pengalaman paling best kerana kerja-kerja ini bermula seawal jam 7.30 pagi…

Thanks to Sri Bridal yang sangat berkerjasama dengan Cantik Manis untuk job kali ini…diorang ni selalu bagi job2 pelamin & deko…alhamdulillah…Jan 2010 kita jumpa lagi k…thanks to my bro in-law juga yg membantu…& my sis yg tolong buat preparation kat rumah walaupun dalam pantang…

enjoy the pic…. 🙂