January 2011


entry kali ini untuk mini pelamin bagi majlis pertunangan Cik Ayu…pada mulanya Ayu lebih suka kepada design favourite dari Cantik Manis…tapi saya cuba mereka sesuatu yang baru…Alhamdulillah..akhirnya setelah berjumpa sendiri & melukiskan draft pelamin di hadapan Ayu..akhirnya diterima…

mini pelamin kali ini dipasang oleh my sister…make-up juga minta bantuan dari Hanie (klik nama eh)…kerana saya berada di Johor Bahru ketika itu…menatarias teman baik dihari pernikahannya…

thanks so much to Ayu…sebab sudi kongsi gambar2 sekitar majlis pertunangan beliau…thanks juga tuk Hanie…yg sudi tolong ūüôā

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini nun jauh dari Johor Bahru…for my best friend wedding…tiba2 teringat kat lagu best ni…

“I say a little prayer for you…forever, forever you’ll stay in my heart…and I will love you…forever and ever we never will part…”

ke Johor Bahru untuk menatarias Ekin pada hari pernikahan…so, untuk majlis nikah sedikit simple…supaya untuk majlis persandingan keesokan hari nampak lebih berseri & sedikit kelainan…pada sebelah malam nya pula diadakan majlis berinai kecil-kecilan…untuk family terdekat sahaja…(tp xde gambar k…)

congratulations to both of you..Ekin “dear” & Kamal “kamen”…moga bahagia ke anak cucu…thanks so much tuk keluarga Ekin…da slalu pun makan2 kat rumah they all ni..da macam family plak…hehehhe…

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk majlis perkahwinan Shida & Nasir…bermula dengan majlis nikah…terus ke majlis berinai pada sebelah malam…& majlis persandingan pada keesokan harinya…2 hari berkampung di Alam Damai…

untuk majlis nikah lebih kepada natural make-up…wajah Shida memang bersih jadik tak susah untuk menatariasnya…untuk majlis berinai pada sebelah malam nya pula…pasangan mengenakan sepasang songket purple, bercucuk sanggul…berarak di iringi kompang & percikan bunga api…meriah dengan kanak2 dari blok kediamannya yang mengerumuni pengantin…agak sukar untuk mengambil gambar kerana ruang yang agak terhad & sangat penuh…memilih untuk bergaya ala Jawa…ternyata Nasir agak pemalu orangnya…tambahan pula beliau dari Terengganu & jarang sekali didedahkan dengan acara sebegini…bertukar2 persalinan…seterusnya Shida memilih untuk bergaya pahlawan jelita si Puteri Perak…& berakhir dengan kimono Jepun…

untuk majlis persandingan…bertemakan merah & hitam…pasangan mengenakan persalinan dari tema yang sama…sekali lagi ruang di pelamin penuh dengan kanak2 riang…& akhirnya bertukar kepada gown & kot untuk majlis potong kek…

thanks to kak Sarina yang bagi job ni…terima kasih pada semua yang membantu…& thanks to pengantin & keluarga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk mini pelamin…untuk majlis pertunangan cik Falin di Putrajaya…actually job ni masuk last minute…katanya tak de dalam planning nak buat plamin2 ni…cuma last2 rasa nak buat…mungkin design ni da banyak digunapakai dalam Cantik Manis…cuma yang berbeza adalah gabungan warna & backdrop yang digunakan…untuk Falin…diselitkan dengan warna maroon..sesuai untuk tema majlisnya…

thanks to Falin & family…dapat rasa kuih2 yang sedap..hasil buah tangan dari nendanya…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini skip job awal Nov10 sebab yang tu gambar2 nya blum dapat dari pengantin…

entry kali ini untuk make-up session…thanks to kak sarina bagi job ni…mula2 call no yang diberi untuk confirm kan masa sanding…coz nak budget masa untuk make-up la kan…ingat kan no. fon tu pengantin yang punya…rupa2 nya bonda pengantin…suara macam kakak pengantin jer…hehehhe…

thanks to keluarga pengantin…bonda & kakak pengantin serta pengantin sendri sangat lah ramah orang nya…seronok berada di sana…thanks to my photog frens… shafiq & budiman yang tolong ajar serba sedikit tentang editing (klik kat nama diorang tu yer)…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077



last entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…untuk majlis persandingan di Dewan De’Sri Endon, Putrajaya..kami diamanahkan untuk menyediakan deco meja beradap…pelamin..walkway..& hiasan di depan stage…

gabungan warna2 pink & purple…diselitkan dengan warna hijau..& sedikit putih untuk gabungan bunga2 segar…untuk pelamin di dewan, kami menggunakan set pelamin 5 panel…dihiasi bunga2 segar…untuk walkway & hiasan tepi stage…masih menggunakan candle holder milik tuan rumah ūüôā

thanks to all the family…sgt2 memberi support pada kami…thanks mak aji..thanks pak aji…thank you so much pada semua yang membantu untuk kali ini…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

masih lagi entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…kali ini untuk majlis akad nikah yang berlangsung di Kajang…rumah nenda kepada Salwa…tempat yang sama di mana ayahanda & bonda beliau bersanding…

untuk majlis nikah ini…kami menyediakan pelamin nikah untuk mereka…platform hantaran, deco meja tetamu & walkway… untuk meja tetamu..diselangselikan dengan hiasan candle holder & hiasan bunga….untuk walkway juga dengan candle holder yang lebih besar…kedua2 candle holder ini milik tuan rumah yer…

untuk pelamin nikah…diselitkan dengan panel moorish…yang ditempah khas oleh tuan rumah juga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 0192880788   |   Ramlah 0176686077


Next Page »