June 2009


entry kali ni potong-Q sket….entry kali ni untuk Majlis Berendui atau pun lebih senang dipanggil Majlis Cukur Jambul…majlis berlangsung di seksyen 7 Shah Alam..pada 13 Jun 2009…Cantik Manis telah berkerjasama dengan seorang teman…Chahaya Chinta yang beroperasi di Sek 13 Shah Alam…

deko untuk majlis ini melibatkan backdrop (ala-ala pelamin) & buai berendui…menggunakan bunga-bunga segar rona pink-purple…so, pada sesape yang berhajat nak mengadakan majlis Cukur Jambul yang agak lain dari biasa…boleh la menghubungi kami untuk menyewa buai & dekorasi istimewa untuk si comel anda….

P1010020P1010022

Rumah Pengantin Cantik Manis : Azura 019 2880788 : Ramlah 017 6686077
Advertisements

salam…untuk entry kali ni kami uploadkan gambar-gambar hasil dekorasi di Dewan MAEPS, MARDI untuk majlis persandingan mempelai pada 7 Jun 09…kami di amanahkan untuk mendekorasi kan pelamin, tempat kumpulan gamela, tempat memotong kek, arch (pintu gerbang) dan bunga-bunga di sepanjang laluan pengantin (walkway)….

keseluruhan dekorasi menggunakan bunga segar dan set pelamin ini adalah yang terbaru dari kami…have fun…..

P1010003P1010007P1010006P1010012P1010011

Rumah Pengantin Cantik Manis
Azura 019 2880788 : Ramlah 017 6686077

untuk entry kali ini…wedding ni berlangsung jauh sekali di kota Melaka….majlis ini telah diadakan pada 30 Mei untuk majlis nikah, dan 31 Mei untuk majlis persandingan…kami dari Cantik Manis bergerak dari Bangi hampir jam 9 pagi…tiba di Ayer Keroh hampir jam 11.30 pagi…terus saja memulakan tugas….aku menggubah bunga dan kakak & abg ipar memasang pelamin di dalam rumah…untuk pelamin, berkonsepkan tradisional…memilih warna tema hitam & putih…tapi kami menambahkan seri dengan sedikit rona pink…bertepatan dengan warna khemah pengantin di luar rumah…bunga-bunga untuk pelamin pula adalah bunga segar…hiasan juga meliputi tangga naik ke bilik pengantin…dan atas permintaan pengantin…aku turut menggubah untuk sireh junjong, untuk disatukan dengan barisan hantaran yang telah siap di gubah…

pengantin akan di nikahkan selepas waktu asar…aku menyiapkan gubahan untuk bunga-bunga pelamin secepat yang mungkin, bergegas pula menggubah sireh, dan hampir jam 4 ptg, baru memulakan menyolek pengantin…sementara kakak & suaminya masih lagi menyiapkan pelamin dan hiasan tangga di bawah…Zana memilih pelamin tanpa kerusi, sebaliknya lebih suka kepada tradisional…duduk bersimpuh & bersila…tepat waktu yang dijanjikan…rombongan daripada pihak Adi sampai dan majlis berlangsung dengan lancar….

31 Mei…menyambung tugas menggubah bunga…kebetulan, banyak bunga-bunga yang lebih, dan pengantin mahu menghias semua meja makan di khemah dengan bunga segar…tapi gubahan terlalu simple sebab aku mengejar waktu untuk menyiapkan kan Zana sekali lagi untuk majlis persandingan nya…untuk kedua-dua majlis Zana memilh warna putih untuk busana yang ditempah sendiri…tetapi untuk majlis sanding, digabungkan dengan warna silver…sebenarnya bukan lah majlis persandingan yang protokol, pengantin memilih untuk makan beradap dan kemudian bergambar bersama-sama keluarga sahaja…mengabadikan kenangan hari bahagia mereka…usai majlis makan…pengantin mula beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir…terutama kawan-kawan dan saudara mara mereka….ops….lupa, kedatangan pengantin lelaki diiringi oleh teman-teman beliau…menaiki motosikal berkuasa tinggi dan 25 biji kenari…meriah sungguh…

kepada pengantin…Zana & Adi, terima kasih kerana mempercayai kami…semoga bahagia selamanya…kepada keluarga pengantin…terima kasih yang tak terhingga…semoga kalian berdua terus bahagia, cepat dapat anak…hehehhehehe…..

IMG_1460IMG_1438IMG_1440IMG_1473IMG_1480


Rumah Pengantin Cantik Manis
Azura 019 2880788 : Ramlah 017 6686077

salam semua….antara koleksi terkini daripada Cantik Manis…daripada penutup tahun 2008, hinggalah yang paling terkini…

pelamin hinggap untuk Zana & pasangan di Melaka…yang paling terkini kerana majlis ini baru saja berlangsung pada 30 & 31 Mei yang lalu….pengantin memilih untuk berkonsep tradisional, si dara bersimpuh malu….manakala si teruna segak bersila….menggunakan keseluruhannya bunga segar…bertemakan hitam, putih & pink….

IMG_1464

pelamin simple bertemakan biru firus…biru turquoise la….pilihan Siti & keluarga untuk hari bersejarahnya….di Setapak, Kuala Lumpur

Pelamin Siti & Amin

pelamin bertemakan gold pilihan Fizah untuk majlis persandingannya…menggunakan bunga segar…majlis berlangsung di Alam Damai Cheras

Pelamin Fizah & Diddy

pelamin untuk dua pasangan….bertemakan hitam dan putih…untuk majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki…pilihan untuk pasangan di Ampang….

p1010116

pelamin simple bertemakan ala garden…dua pelamin yang sama cuma berbeza warna…

P1030049

pelamin zura semenyih


pelamin untuk pasangan di Klang Selangor, warna purple menjadi pilihan pasangan di Klang, Selangor

P1310065

penutup akhir tahun 2008…pelamin untuk Ina dan pasangan di Ampang, memilih tema gold dan bunga2 segar…

pelamin Ina&Anuar

Rumah Pengantin Cantik Manis
Azura 019 -2880788    Ramlah 017-6686077

salam semua….sori sebab da lama x update….agak sibuk menyiapkan tempahan bunga telur untuk wedding 30 Mei 2009….

kali ini I upload gambar2 wedding adik Siti & Amin….tp semua gambar2 ni original version from camera I yang sgt comel & biasa…& i don’t have photoshop to edit…harap maaf la ya….Siti ni muda lagi….anak saudara pada kawan sepejabat my sister….memang x kenal pun sebelum ni…so, my sister lah yang arrange & discuss smuanya….& I just go for make up on Friday 22 Mei 2009…so, baru inilah I kenal dengan pengantin & family…

Majlis nikah dijadualkan lepas asar…tapi I tersampai agak lewat sedikit daripada perancangan asal…mana tidak nya, da amik cuti pun still kena buat kerja2 office & kena siapkan before 2pm…sampai2 jer…trus buka beg make-up…& start my job….so, ini lah hasilnya tuk majlis nikah (from my phone only)…tp time ni sebab da rushing sgt2…so x sempat nk minta pengantin posing sket….

Image053Image054

hari kedua…23 Mei 2009…untuk Majlis Persandingan…& atas permintaan dari pengantin & keluarga, sebelah pagi diadakan majlis bertukar-tukar pakaian persalinan…selalunya orang buat pada malam majlis berinai…tp this is simple majlis…so, first baju is cheongsam….dek kerana jurufoto (pakcik pengantin) belum sampai2…I trus diminta oleh Siti untuk tolong amik kan gambar dia…guna kamera compact milik Siti…posing dalam bilik jer…& time ni sangat la terlupa pada camera ku yang comel dlm beg…hehehhehe…2nd dress is lengga….orang slalu panggil baju India la…& i got this pic for u all….

IMG_1414IMG_1416

then ketiga…sepasang persalinan jawa….tuk Ibu Siti & Pak Amin…hehehehe…jangan marah dik yer….time ni da guna fotographer la…so I curi2 amik sama la….

IMG_1417IMG_1421

sudah jam 12 lebih…& jemputan mula datang…oh ya, lupa nak cerita…wedding ni dekat Setapak Prima Kondo…dekat hall condo, tepi swimming pool…nice view, & lepas makan2 jemputan boleh duduk berehat di tepi kolam…warna tema pilihan Siti adalah biru turqoise (betul ke ejaan ni…hehehhehehe)….to Siti & family…thanks atas layanan baik…& moga bahagia selamanya…& thanks so much untuk hadiah “peti harta karun” tu k….love it…

IMG_1413

IMG_1423