kali ini update tertinggal lagi untuk pelamin nikah & sanding buat Aimi..kalau dulu untuk majlis pertunangan..Aimi memilih warna purple & putih..kali ini ntuk majlis nikah bertemakan pink & majlis sanding bertemakan peach..

untuk majlis nikah kami memberi sedikit kelainan kerana menggunakan arch, tidak ada backdrop, simple garden dikelilingi paper lantern sesuai mengikut tema.. dan sedikit sentuhan bunga segar menambahkan seri untuk pengantin… untuk pelamin sanding pula Aimi mahukan warna peach, menggunakan pelamin 1 panel, ditambah dengan para penuh dengan juntaian daun2 kecil, berkonsepkan garden… juga menggunakan bunga2 segar dari tema warna yang sama… untuk Aimi & pasangan..moga kekal bahagia ke akhirnya 🙂

 

ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… 🙂

jika sebelum ini entry untuk gubahan hantaran daripada Nadhirah & pasangan nya…kali ini entry untuk mini pelamin pula….bertemakan warna pink..mini kali ini mempunyai saiz yang sama dengan mini2 yang lain tetapi ianya kelihatan sedikit besar dari saiz biasa kerana penggunaan scallop tepi yang ditarik keluar dari backdrop pelamin…

untuk Nadhirah…moga kekal bahagia hingga ke jinjang perkahwinan… 🙂

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

masih lagi entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…kali ini untuk majlis akad nikah yang berlangsung di Kajang…rumah nenda kepada Salwa…tempat yang sama di mana ayahanda & bonda beliau bersanding…

untuk majlis nikah ini…kami menyediakan pelamin nikah untuk mereka…platform hantaran, deco meja tetamu & walkway… untuk meja tetamu..diselangselikan dengan hiasan candle holder & hiasan bunga….untuk walkway juga dengan candle holder yang lebih besar…kedua2 candle holder ini milik tuan rumah yer…

untuk pelamin nikah…diselitkan dengan panel moorish…yang ditempah khas oleh tuan rumah juga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 0192880788   |   Ramlah 0176686077


kali ini Cantik Manis ke Sungai Buloh Selangor untuk dekorasi pelamin 3 panel untuk pasangan pengantin baru Diana & Ikhwan…

pelamin kali ini menggunakan 3 panel dan diilhamkan bersama-sama bakal pengantin pada sesi perbincangan…pada awalnya Diana suka sangat dengan pelamin peach di Wisma Sejarah yang pernah didekorasi oleh Cantik Manis…tapi diubah suai sedikit untuk menampakkan kelainan & perbezaan antara panel utama dengan yang lain2…pelamin ini juga menggabungkan penggunaan bunga artificial & bunga segar (fresh flower)…

Cantik Manis juga diberi peluang untuk menata rias wajah pengantin, & juga persalinan pink untuk lelaki juga dari Cantik Manis…ini kerana persalinan perempuan telah ditempah sendiri…

terima kasih pada Diana & Ikhwan yang sudi share gambar2 hari bahagia mereka…. thanks to my sis yang kena buat kerja-kerja sorang2 kerana saya tiada di Malaysia ketika ini…(alhamdulillah, diberi kesempatan menunaikan Umrah..) thanks to Hanie juga kerana sudi membantu saya menata rias wajah pengantin…cantik 🙂

pelamin bersanding 3 panel @ PELAMIN QASEH…

koleksi gambar2 hari bahagia  Diana & Ikhwan…with families & friends 🙂


Rumah Pengantin Cantik Manis @ Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi : Azura 019 2880788 @ Ramlah 017 6686077

entry kali ini adalah part 1…untuk mini pelamin…kali ini menggabungkan warna pink & putih…pada awal perbincangan bakal pengantin mahukan ianya putih sahaja…tetapi akhirnya sepakat menambah sedikit pink kerana baju yang akan dipakai berwarna putih…

alhamdulillah…semuanya berjalan lancar…dan sedikit lagi tambahan pada pagi sebelum majlis bermula menambahkan seri mini pelamin tersebut…

sehari sebelum…

hari majlis selepas sedikit tambahan….thanks to azie sudi kongsi gambar majlis….

Rumah Pengantin Cantik Manis     :     Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788     :     Ramlah 017 6686077


entry kali ini untuk pelamin Buai Berendui…majlis ini adalah untuk majlis cukur jambul yang diadakan di Alam Damai, Cheras…

pada mulanya memang Pn Anira merancang untuk mempunyai dekorasi buai berendui…walaubagaimana pun ianya terpaksa dibatalkan atas alasan2 tertentu…tetapi secara tiba2 saya mendapat panggilan semula daripada beliau pada tengah malam sebelum majlis berlangsung esok pagi, dan meminta untuk saya membuat pelamin buai berendui seperti yang dibincangkan sebelum ini…alhamdulillah…rezeki itu masih milik kami…akhirnya saya sampai jam 7 pagi di rumah Pn Anira…mengambil masa hampir 1 jam setengah untuk menyiapkan dekorasi buai…alhamdulillah, semuanya selesai dan majlis beliau bermula tepat jam 9.30 pagi…satu pengalaman yang mungkin tak dapat saya lupakan 🙂

terima kasih pada Pn Anira sekeluarga…siap ada breakfast lagi…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077