March 2010


entry pertama untuk job bulan Mac adalah Buai Berendui….kali ini kami berkerjasama dengan Echa dari Shah Alam…walaupun masih di dalam pantang…Echa tetap hadir bersama si kecil nya…thanks so much…

buai berendui kali ini adalah untuk majlis cukur jambul anak kepada salah seorang Imam di Masjid Shah Alam…oleh itu mereka mengadakan majlis ini di dewan seminar masjid tersebut…

bertemakan warna biru turqoise dan putih…menggunakan bunga-bunga segar dari rona warna yang sama…ros biru dan pom2 daisy biru serta putih…berkonsepkan ala taman…juga menggunakan blok kayu untuk ruang buai…

terima kasih pada semua yang terlibat…enjoy the pics… 🙂

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

Advertisements

salam…

pelamin pertama di bulan Februari sebab sebelum ini semuanya adalah mini pelamin…pelamin ini juga mungkin yang terakhir kerjasama dengan Sri Bridal kerana beliau telah membeli set2 pelamin beliau sendiri…alhaldulillah..ilmu yang kami ada telah berjaya dikongsi untuk sama2 maju dalam bisness ini…kalau ada job besar jangan lupa panggil tau…hehehhee 🙂

berbalik pada pelamin kali ini…pengantin inginkan kombinasi warna2 dramatik..merah, hitam & putih…design untuk pelamin ini memang simple…hanya mainan warna memainkan peranan…

thanks to semua yang terlibat…juga keluarga pengantin…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

salam semua…

entry kali ini untuk mini pelamin terakhir di bulan Februari…mini pelamin kali ini untuk cik Shafiza di Gombak…Fiza memilih mini pelamin yang simple…bertemakan warna biru firus atau biru turqoise dan putih…senada warna baju dan tema majlis….

mini pelamin kali ini menggunakan bunga pomander sebagai pelengkap pelamin…mini pelamin untuk Fiza terpaksa kami pasang awal kerana minggu tersebut saya mengikut trip ke Tioman & kakak pula ingin pulang ke kampung kerana cuti yang agak panjang….boleh posing sakan dulu kan Fiza…hehehhee…

Thanks to Fiza & family….katanya menerusi email apabila menghantar beberapa keping gambar majlis…Alhamdulillah…semua memuji mini pelamin nya yang cantik berseri….thanks so much my new friends… & enjoy the pics…


Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   : Ramlah 017 6686077

salam semua…

entry kali ini untuk mini pelamin lagi..ramai yang mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di bulan Februari…bulan cinta lah katakan….

mini pelamin kali ini untuk teman baik ku sendiri…Siti Khadijah atau lebih mesra aku panggil Eja…dengan pasangan nya Izrul…Eja memilih konsep hitam putih…hampir keseluruhan deko dari warna yang sama…majlis di adakan di D’Tasik, Uniten Bangi…

mini pelamin kali ini juga agak berbeza..kerana ingin memberi sedikit kelainan untuk teman sendiri…tidak menggunakan bunga sebagai hiasan..tetapi sebaliknya menggantikan dengan lantern ball & lampu bulat…hanya sedikit kelopak mawar ditaburkan di atas stage untuk menaikkan seri…

thanks to Eja & family & Izrul…hope u guys…will be forever… 🙂

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

salam..

entry kali ini masih lagi majlis pertunangan…tentang mini pelamin & make-up majlis bertunang…perancangan asal oleh Zana majlis akan di adakan di Putrajaya…tapi tiba2 ada sedikit masalah teknikal di tempat majlis & majlis bertukar ke Puncak Jalil…

atas permintaan Zana..mini pelamin ini semuanya berwarna putih..hanya sedikit hijau dari daun2 yang ada…gantungan pomander juga telah menjadi trend sekarang…& all pomander adalah hasil seni sendiri…i’m love it… 🙂

untuk make-up…Zana memang minta untuk kelihatan simple tapi cun katanya…& Zana memilih untuk menonjolkan solekan pada mata…alhamdulillah…semua nya berjalan lancar…

thanks to Zana & Family…& juga rakan2 nya…thanks juga tuk fotografer Zana…sbb a few gambar adalah dr mereka… 🙂

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

salam…

entry kali ini untuk mini pelamin lagi…kali ini team Cantik Manis ke Selayang untuk menyiapkan pelamin buat Sureena atau lebih mesra di panggil Surie..x susah mencari kerana kami telah di tunggu di jalan luar terlebih dahulu…macam tau2 jer yang kitorang akan sesat nanti..hehhehe…

berbincang dengan surie hanya melalui email…alhamdulillah..semuanya berjalan lancar…kerja-kerja menyiapkan pelamin juga tidak mengambil masa yang lama…cuma menunggu kawan yang akan make-up kan Surie esok hari jer ambil masa sket…sebab tersalah jalan…& kerana itu jugak..we all dapat makan besar…kebetulan petang tu kaum cina makan besar tuk Tahun Baru Cina…kitorang pun sama lah makan kat rumah Surie…

thanks so much to Haniza…my penyelamat di saat akhir…untuk make-up kan Surie…sebab last minute…majlis Surie conflict dengan majlis Jes di Putrajaya…alhamdulillah…walaupun baru kenal Hani…tp cepat mesra…thanks juga pada kak Fida yang kenal kan Hani to me…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

salam…

mini pelamin kedua untuk hari yang sama…mini pelamin ini untuk majlis pertunangan Jes di Putrajaya…memilih tema putih & purple…pada mula perbincangan…pelamin yang dirangka agak simple…tapi apabila siap…bakal pengantin nampak terlalu simple…maka Jes minta kebenaran untuk menambah bunga-bunga & hiasan…akhirnya mini pelamin ini bertambah seri dengan sedikit sentuhan peribadi bakal pengantin…tahniah untuk Jes 🙂

selain mini pelamin, saya juga diamanahkan untuk menatarias wajah Jes yang sangat comel ini…terima kasih untuk Jes dan keluarga…juga untuk teman-teman nya…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788   :   Ramlah 017 6686077

Next Page »