make up


update lagi..sorry yer to all my customers, sebab gambar2 event mereka sangat lambat saya dapat update… Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada & kurang masa untuk edit & update blog…

kali ini update untuk make-up pula yer..majlis telah berlangsung Julai 2011 yang lalu..dekat sahaja..di Kajang.. 🙂 si manis Zaza memilih warna purple sebagai tema majlis, semoga kekal bahagia dik yer..

bertemu lagi…kali ini update untuk cik Fifi plak..untuk majlis pertunangan beliau yang telah berlangsung pada Jun 2011 yang lepas…maaf yer Fifi..lambat update dalam blog 🙂

untuk majlis kali ini Cantik Manis telah mendekorasikan mini pelamin beliau..menggunakan bunga-bunga matahari yang segar…dan bertemakan warna kuning… solekan & tatarias untuk hari majlis juga adalah dari Cantik Manis sendiri…

terima kasih buat Fifi sekeluarga & juga teman2 nya…sebahagian gambar majlis adalah daripada koleksi peribadi beliau… semoga kekal bahagia hendaknya & bahagia selalu 🙂


 

entry kali ini berbeza sedikit..sbb bukan entry tuk majlis bertunang, kerja kawen or yang seangkatan dengannya…entry kali ini special sebab ini kali pertama hasil kerja ku (make-up laa…) akan di publish di media cetak…hehhehe…

kali ini untuk photoshoot Mingguan mStar from The Star…InsyaAllah akan keluar before puasa..nnt i update ok…i just do the make-ups..untuk ketiga2 model..termasuk tuan punya busana skali iaitu kak liza…dr Busana Arlene..kak liza ni wat bisness online..jual baju2, jubah2, tudung, & seangkatan dengan nya….cantik2…& paling kitorang suka jubah red riding hood (kitorang yang bagi nama kat baju tu)..merah menyala…cantik sangat…

untuk make-up photoshoot ni…untuk permulaan nya lebih kasual & simple…& untuk last session sedikit perubahan terutama untuk mata..lebih galak sket kata orang…but dek kerana sorang2 berkejaran men”touch-up” kan model2 cilik ni…agak kelam kabut la jugak..peringatan tuk myself..kalau dipanggil lagi lepas ni kena bawa asisstant la…hehhehhe…

thanks to our press Diyana Rose…sbb bagi peluang ni untuk saya…sangat2 suka & menghargainya… & kak Liza from Arlene..thanks so much..cantik tudung akak bagi tu… 🙂

entry kali ini untuk majlis nun jauh di utara Semenanjung…ke Pulau Mutiara untuk majlis pertunangan cik Farihah Dato’ Hj Hassan…puteri kepada Mufti Pulau Pinang…juga adik ipar kepada anak saudara sendiri.. mesti you alls berbelit2 nak faham kan…hehehhehe 🙂

make-up by me..as simple as requested by Farihah…lagi pun majlis ni untuk keluarga terdekat jer…so, “bride to be” kita ni kata no need so over laa kan….majlis pertunangan nya pun simple jer…but nice.. & seronok bila semua family dapat berkumpul…penuh dengan gelak tawa & usik mengusik 🙂

to Farihah, happy2 always dear..kita jumpa lagi on Jun kan… 🙂

entri kali ini untuk majlis perkahwinan Wan Nurul Iman & Muhammad Zayyad…majlis berlangsung di Sazavila, Kg Tunku Petaling Jaya…untuk majlis ini Cantik Manis hanya menatarias pasangan pengantin sahaja…& as request…solekan yang sangat simple untuk Iman…

thanks to pasangan raja sehari…Iman & Zayyad..moga kekal bahagia hingga ke anak cucu, to all the family Dato’ Wan Saleh & Datin Dr Zaimah yang lebih mesra dipanggil kak Zai..to Iman aunt @ kak Kirra…my sister friend 🙂 …kredit to team photog FUNthography & Hybridphotoon…akak copy gambar 2-3 keping yer… & untuk semua yang menjadi teman saya di malam tersebut….

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~


kali ini entry untuk mini pelamin & make-up untuk majlis pertunangan Ain..bertempat di Kajang Utama, Kajang…

untuk majlis kali ini, kami mendekorasikan sebuah mini pelamin simple…sesuai dengan tema majlis yang di pilih…its all about blue 🙂 namun sedikit kelainan bagi bride to be…memilih busana putih & sedikit warna soft pink..terserlah kelainan bila di pelaminan..di tambah dengan make-up simple sesuai untuk majlis pertunangan…

thanks to Ain, friends & family…moga bahagia2 selalu yer…

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

untuk majlis kali ini Cantik Manis menyediakan mini pelamin, hiasan tangga & juga make-up untuk Jaja pada hari pertunangan beliau…

memilih tema warna peach, untuk mini pelamin kami gunakan gabungan hitam putih  peach…untuk tangga scallop putih & bunga peach…

thanks to Jaja…moga bahagia hingga ke jinjang pelamin….


entry kali ini untuk mini pelamin bagi majlis pertunangan Cik Ayu…pada mulanya Ayu lebih suka kepada design favourite dari Cantik Manis…tapi saya cuba mereka sesuatu yang baru…Alhamdulillah..akhirnya setelah berjumpa sendiri & melukiskan draft pelamin di hadapan Ayu..akhirnya diterima…

mini pelamin kali ini dipasang oleh my sister…make-up juga minta bantuan dari Hanie (klik nama eh)…kerana saya berada di Johor Bahru ketika itu…menatarias teman baik dihari pernikahannya…

thanks so much to Ayu…sebab sudi kongsi gambar2 sekitar majlis pertunangan beliau…thanks juga tuk Hanie…yg sudi tolong 🙂

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini nun jauh dari Johor Bahru…for my best friend wedding…tiba2 teringat kat lagu best ni…

“I say a little prayer for you…forever, forever you’ll stay in my heart…and I will love you…forever and ever we never will part…”

ke Johor Bahru untuk menatarias Ekin pada hari pernikahan…so, untuk majlis nikah sedikit simple…supaya untuk majlis persandingan keesokan hari nampak lebih berseri & sedikit kelainan…pada sebelah malam nya pula diadakan majlis berinai kecil-kecilan…untuk family terdekat sahaja…(tp xde gambar k…)

congratulations to both of you..Ekin “dear” & Kamal “kamen”…moga bahagia ke anak cucu…thanks so much tuk keluarga Ekin…da slalu pun makan2 kat rumah they all ni..da macam family plak…hehehhe…

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk majlis perkahwinan Shida & Nasir…bermula dengan majlis nikah…terus ke majlis berinai pada sebelah malam…& majlis persandingan pada keesokan harinya…2 hari berkampung di Alam Damai…

untuk majlis nikah lebih kepada natural make-up…wajah Shida memang bersih jadik tak susah untuk menatariasnya…untuk majlis berinai pada sebelah malam nya pula…pasangan mengenakan sepasang songket purple, bercucuk sanggul…berarak di iringi kompang & percikan bunga api…meriah dengan kanak2 dari blok kediamannya yang mengerumuni pengantin…agak sukar untuk mengambil gambar kerana ruang yang agak terhad & sangat penuh…memilih untuk bergaya ala Jawa…ternyata Nasir agak pemalu orangnya…tambahan pula beliau dari Terengganu & jarang sekali didedahkan dengan acara sebegini…bertukar2 persalinan…seterusnya Shida memilih untuk bergaya pahlawan jelita si Puteri Perak…& berakhir dengan kimono Jepun…

untuk majlis persandingan…bertemakan merah & hitam…pasangan mengenakan persalinan dari tema yang sama…sekali lagi ruang di pelamin penuh dengan kanak2 riang…& akhirnya bertukar kepada gown & kot untuk majlis potong kek…

thanks to kak Sarina yang bagi job ni…terima kasih pada semua yang membantu…& thanks to pengantin & keluarga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

Next Page »