entry yang tertinggal…kali ini untuk gubahan hantaran…tapi hanya dua sahaja…& request dari 2 orang yg berbeza…gubahan coklat ke utara & bakul buah ke Pahang…kebetulan request nya mahukan warna yang sama…jadik ini lah hasilnya…

kalau sebelum ini set hantaran daripada pihak Nadhirah, kali ini pula set hantaran daripada pihak lelaki…5 dulang hantaran pertunangan…menggunakan bunga dip sebagai bunga dulang…& warna purple menjadi kegemaran mereka…hantaran terdiri daripada sireh, telekung & sejadah, cincin, buah & kek….

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

masih lagi entry istimewa untuk my sister…kali ini hantaran balas daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki..

9 dulang kesemuanya…sedikit sentuhan berlainan kerana hanya sireh & kek sahaja mempunyai bunga..manakala yang lain menggunakan hiasan2 reben & bola2 purple…(handmade lagi tau..)

bertemakan purple & putih..simple tapi menarik..sesedap mata memandang..sentuhan deco dari adik yang seorang ini…hehhehe…

9 dulang dari kami…sireh pembuka bicara, senaskhah tafsir Quran, kemeja & tali leher, wallet & belt, towel, set haruman, kek, kuih tart nenas (special dr penang) & buah sebakul (pun cari yang kaler purple) 🙂

owh ya..thanks to my bro in law nyer photographer…yang bagi semua gambar2 hantaran ni..almaklumla..adik pengantin teramat la busy sampai x sempat nak amik gambar hantaran sendiri buat ni… 🙂

 

Rumah Pengantin Cantik Manis     |     Bandar Baru Bangi, Selangor     |     Azura 019 2880788     |     Ramlah 017 6686077