sambung lagi entry untuk liza kat semenyih…kalau before ni i letak entry untuk hantaran2 dia…kali ni untuk deco2 kat rumah dia plak…
deco2 kali ni untuk bilik tidur pengantin…liza request 2 gubahan tuk tepi katil atas side table dia…& as usual bunga panjang atas katil… all the colors guna pink, shocking pink, putih & sikit hijau laa…bagi neutral sket… semua flower arrangement ni banyak guna grouping la…suka plak buat design macam ni sekarang ni… 🙂

untuk tangga…liza cuma request guna putih & pink…so, flower also sama lah…comel jer bunga nya… untuk meja makan pula…since kat rumah ni liza buat majlis nikah jer….kecil2an untuk family jer…so, untuk centerpiece atas semua meja ni pun still guna grouping teknik, bunga2 yang sama…but nak bagi dia nampak lain & comel… i deco dalam mug 🙂

to liza & family…thanks a lot…macam teringat2 air dragon fruit & laici aritu…semoga bahagia selalu hendaknya… 🙂



masih lagi entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…kali ini untuk majlis akad nikah yang berlangsung di Kajang…rumah nenda kepada Salwa…tempat yang sama di mana ayahanda & bonda beliau bersanding…

untuk majlis nikah ini…kami menyediakan pelamin nikah untuk mereka…platform hantaran, deco meja tetamu & walkway… untuk meja tetamu..diselangselikan dengan hiasan candle holder & hiasan bunga….untuk walkway juga dengan candle holder yang lebih besar…kedua2 candle holder ini milik tuan rumah yer…

untuk pelamin nikah…diselitkan dengan panel moorish…yang ditempah khas oleh tuan rumah juga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 0192880788   |   Ramlah 0176686077


masih lagi dalam kehangatan berhari raya…namun kerja tetap kerja kan…

ok..untuk kali ini gambar-gambar deco untuk majlis pernikahan Diana..majlis berlangsung di Shah Alam…bertemakan english & moden..gabungan warna soft blue, silver & putih…juga menggunakan gabungan bunga-bunga segar yang terdiri daripada roses, daisy, gerbera dan sebagainya…

job kali ini juga daripada teman kami Chahaya Chinta..our partner in Shah Alam…thanks Echa…very thankful juga untuk keluarga pengantin..yang sangat ramah & baik hati melayan kami hingga jam 3.30 pagi…

pelamin nikah…moden english

hiasan meja beradab & meja tetamu

meja potong kek

bunga hiasan tangga & pintu gerbang

Rumah Pengantin Cantik Manis | Bandar Baru Bangi, Selangor | Azura 019 2880788 | Ramlah 017 6686077