salam semua..

sudah agak lama kami menyepikan diri…dek kerana kesibukan bekerja..menguruskan majlis2 perkahwinan setiap customer..mendekorasikan pelamin2 indah untuk hari2 bahagia mereka…insyaAllah, kami akan berusaha untuk lebih cepat mengemaskini blog & fanpage di facebook yer…

untuk kali ni kami update pelamin untuk hari bahagia Husna…di Bandar Baru Bangi…thanks so much to Husna & family…moga kekal bahagia & cepat2 dapat baby yer… 🙂

ira azura @ Cantik Manis 🙂

Advertisements

ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… 🙂

Dari 9 – 17 Julai 2011 yang lepas Cantik Manis berpeluang turut serta dalam pameran bunga di Pesta Bunga & Taman Putrajaya FLORIA 2011…kami sangat gembira & berbesar hati kerana turut diundang bagi memeriahkan FLORIA kali ini…

Sempena FLORIA 2011 Cantik Manis membawakan Singgahsana Fantasia Cinta untuk tatapan umum…pelamin moden menggunakan panel kayu yang dihiasi penuh dengan kuntuman ros merah sebagai tanda cinta…di kiri & kanan pelamin ini juga dihiasi dengan taman bunga…juga menggunakan bunga2 mawar bersempena dengan tema FLORIA 2011.. “Mawar untuk Selamanya – Roses Are Forever ”

Untuk semua yang terlibat dengan persiapan kali ini..jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari Cantik Manis.. Thanks so much to Mr Eric & team yang membawa kami masuk ke FLORIA 2011, thanks so much to my family.. my sisters Ramlah, Saibah, Sazzelina..my brother in law Shahril, my nephews Afifi, Afizu, Afiq, Sophee (kawan Afiq), all the families members yang turut support dari jauh x kira dimana mereka berada.. to all my frens yang sangat menyokong kami..thanks to security guard yang tolong jaga our Singgahsana sepanjang FLORIA sebab semua orang nak naik bergambar… & thanks so much to all pengunjung2 FLORIA yang suka dengan hasil kerja kami 🙂

gambar2 sepanjang persediaan Singgahsana Fantasia Cinta hingga berakhirnya pameran di Putrajaya…

from the blank carpet…

 


 


 

entry kali ini untuk set pelamin nikah bunga segar..kali ini kami ke Taman Botani Klang..job ini adalah kerjasama dengan our business partner kat Shah Alam..Chahaya Chinta…

walaupun job ini agak mengejut..sebab rancangan asalnya pengantin mahu mengadakan majlis nikah di masjid sahaja, tetapi last minute ada sedikit masalah & rancangan terpaksa bertukar ke rumah…tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar…cuma sedikit masalah dengan bunga yang tidak dapat warna yang sama untuk kuantiti yang banyak… tapi hasilnya tetap cantik…

untuk pengantin..semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia…Selamat Pengantin Baru 🙂

 



kali ini terajin sket upload entry coz ada byk masa free… 🙂 tp yang peliknya sekarang ni da tak boleh nak pilih warna tulisan tuk entry…adoiii….

kali ini untuk dekorasi pelamin & bilik pengantin…bertemakan warna krim,coklat & maroon..kali ini masih lagi kerjasama dengan our partner di Shah Alam..Chahaya Chinta…design kali ini adalah pilihan pasangan pengantin sendiri…kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya…
menggunakan bunga segar..berwarna maroon untuk menaikkan seri pelamin yang lebih kepada warna krim & coklat…

untuk dekorasi bilik pula..lebih menggunakan warna krim daripada set cadar & backdrop..maka kami selitkan dengan gubahan bunga menggunakan warna-warna ceria…kuning-oren, merah, putih & hijau…juga gantungan bola2 kristal yang bersinar…
to pengantin…moga kekal bahagia ke anak cucu…thanks so much 🙂

entry kali ini skip 1 entry sementara menunggu gambar di uplod oleh my sister..sbb gambar tu guna kamera lain…
kali ini ke Bandar Tun Razak lagi..untuk mini pelamin bagi majlis pertunangan cik Rabeah atau lebih mesra di panggil Abby…mulanya agak cuak sebab Abby xble nak bagi date yang confirm sebab bakal tunang nya bekerja jauh…tp alhamdulillah…semuanya berjalan lancar bila akhirnya mereka dapat menetapkan tarikh majlis…
untuk Abby..mini pelamin ni simple jer…bersesuaian dengan warna tema yang telah dipilih…biru-silver-putih… & mini pelamin dengan hiasan lantern ball ini terus menjadi pilihan… to Abby & encik tunang…moga kekal ke jinjang pelamin…jangan lupa jemput nanti yer…

</a>

entry kali ini untuk pelamin fresh flower di Puncak Alam, Shah Alam…dekorasi kerjasama antara Cantik Manis & Chahaya Chinta…kali ini agak berbeza dengan penggunaan “frame”…sedikit kelainan kerana frame ini kami hasilkan sendiri…

juga gabungan warna kuning-silver-putih…satu kombinasi yang agak kurang digunakan…hasilnya cukup menarik perhatian…tapi dek kerana nak cepat & berkejaran ke Puncak Alam, maka kamera tertinggal & hanya menggunakan kamera handphone sahaja…hasilnya..gambar agak jelas sket yer…sorry.. 🙂