Salam semua…entry kali ini masih lagi job penghujung tahun 2009…sedikit sibuk dengan hal-hal lain membataskan masa untuk update blog Cantik Manis…

Majlis ini berlangsung pada cuti hari Krimas yang lalu….majlis pertunangan antara my lovely friend Ekin…dan pilihan hati yang panggilan mesranya Kamen….untuk majlis ini…segalanya disediakan oleh Ekin…dari persalinan hinggalah hantaran…katanya…inilah hasil selalu mengikut kami memasang pelamin & menggubah bunga…thanks dear…saya cuma datang sebagai jurumekap dan juga sebagai tetamu….tapi sebenarnya…rumah ini telah seringkali dikunjungi…dan lagi berada di dalam keluarga Johor…rasanya seperti keluarga sendiri….

untuk Ekin & Kamen…congratulations….moga terus bahagia…menanti hari persandingan…