ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… 🙂

setelah lama tidak dapat melakukan tugas ini…akhirnya berjaya juga mencari peluang untuk mengemaskini & memasukkan gambar2 yang telah lama tersimpan..

kali ini untuk majlis pertunangan Cik Fara (lebih senang menggunakan nama FB nyer)… majlis ini sebenarnya berlangsung pada akhir Mei lalu, di kala saya berehat kerana masalah kesihatan… terima kasih pada Cik Fara untuk gambar2 yang saya copy dari album peribadi beliau… TQ so much dear 🙂


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI KAMI DI CANTIK MANIS…SEMOGA SYAWAL KALI INI AKAN LEBIH BERMAKNA BUAT ANDA SEMUA…AMPUN MAAF DIPINTA ANDAI ADA KESILAPAN & KEKURANGAN DARI KAMI SELAMA KAMI MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERI… SALAM MERDEKA JUGA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA 🙂

Dari 9 – 17 Julai 2011 yang lepas Cantik Manis berpeluang turut serta dalam pameran bunga di Pesta Bunga & Taman Putrajaya FLORIA 2011…kami sangat gembira & berbesar hati kerana turut diundang bagi memeriahkan FLORIA kali ini…

Sempena FLORIA 2011 Cantik Manis membawakan Singgahsana Fantasia Cinta untuk tatapan umum…pelamin moden menggunakan panel kayu yang dihiasi penuh dengan kuntuman ros merah sebagai tanda cinta…di kiri & kanan pelamin ini juga dihiasi dengan taman bunga…juga menggunakan bunga2 mawar bersempena dengan tema FLORIA 2011.. “Mawar untuk Selamanya – Roses Are Forever ”

Untuk semua yang terlibat dengan persiapan kali ini..jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari Cantik Manis.. Thanks so much to Mr Eric & team yang membawa kami masuk ke FLORIA 2011, thanks so much to my family.. my sisters Ramlah, Saibah, Sazzelina..my brother in law Shahril, my nephews Afifi, Afizu, Afiq, Sophee (kawan Afiq), all the families members yang turut support dari jauh x kira dimana mereka berada.. to all my frens yang sangat menyokong kami..thanks to security guard yang tolong jaga our Singgahsana sepanjang FLORIA sebab semua orang nak naik bergambar… & thanks so much to all pengunjung2 FLORIA yang suka dengan hasil kerja kami 🙂

gambar2 sepanjang persediaan Singgahsana Fantasia Cinta hingga berakhirnya pameran di Putrajaya…

from the blank carpet…

 


 


 

entry kali ini untuk set pelamin nikah bunga segar..kali ini kami ke Taman Botani Klang..job ini adalah kerjasama dengan our business partner kat Shah Alam..Chahaya Chinta…

walaupun job ini agak mengejut..sebab rancangan asalnya pengantin mahu mengadakan majlis nikah di masjid sahaja, tetapi last minute ada sedikit masalah & rancangan terpaksa bertukar ke rumah…tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar…cuma sedikit masalah dengan bunga yang tidak dapat warna yang sama untuk kuantiti yang banyak… tapi hasilnya tetap cantik…

untuk pengantin..semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia…Selamat Pengantin Baru 🙂

 



akhirnya…baru jumpa balik…after almost a month x update blog ni..& setelah sekian lama warna tulisan ni hilang…hehehhe…

ok, kali ini uplod untuk job 1 mei aritu…lambat sangat baru dapat upload since ada sedikit masalah kesihatan aritu… kali ini untuk decor bilik pengantin & backdrop untuk mini pelamin…simple sahaja as requested by tuan rumah a.k.a my sis frens…

dua2 decor ini menggunakan warna krim & merah…bagi bilik, simple backdrop untuk katil, jambangan bunga segar untuk katil & meja tepi.. manakala untuk mini pelamin juga dari warna yg sama & diselangi dengan lampu2 kecil di balik tirai… to tuan rumah & pengantin..tq so much & moga happy2 slalu… 🙂

 


(more…)

entry kali ini berbeza sedikit..sbb bukan entry tuk majlis bertunang, kerja kawen or yang seangkatan dengannya…entry kali ini special sebab ini kali pertama hasil kerja ku (make-up laa…) akan di publish di media cetak…hehhehe…

kali ini untuk photoshoot Mingguan mStar from The Star…InsyaAllah akan keluar before puasa..nnt i update ok…i just do the make-ups..untuk ketiga2 model..termasuk tuan punya busana skali iaitu kak liza…dr Busana Arlene..kak liza ni wat bisness online..jual baju2, jubah2, tudung, & seangkatan dengan nya….cantik2…& paling kitorang suka jubah red riding hood (kitorang yang bagi nama kat baju tu)..merah menyala…cantik sangat…

untuk make-up photoshoot ni…untuk permulaan nya lebih kasual & simple…& untuk last session sedikit perubahan terutama untuk mata..lebih galak sket kata orang…but dek kerana sorang2 berkejaran men”touch-up” kan model2 cilik ni…agak kelam kabut la jugak..peringatan tuk myself..kalau dipanggil lagi lepas ni kena bawa asisstant la…hehhehhe…

thanks to our press Diyana Rose…sbb bagi peluang ni untuk saya…sangat2 suka & menghargainya… & kak Liza from Arlene..thanks so much..cantik tudung akak bagi tu… 🙂