untuk kali yang kedua kami berkerjasama dengan Echa dari butik di Shah Alam (dulu kami buat Buai Berendui)….kali ini kami membuat dekorasi dan Pelamin di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 28 Jun 2009 yang lalu…Pelamin kali ini ada sangat exclusive kerana menggunakan set pelamin baru kami dan bunga segar keseluruhannya….hampir 80% adalah bunga ros berwarna putih & peach…dan bunga-bunga lain seperti sundal malam, lili dan daun-daun pelbagai…

keseluruhan dekorasi menggunakan warna putih & peach seiring warna tema yang telah dipilih oleh pengantin dan keluarga…hampir seharian kami di sini menyusun atur setiap bunga dan hiasan…hiasan kali ini melibatkan pelamin exclusive, laluan pengantin dan meja beradap…selain konsep warna, pengantin juga memilih keseluruhan dekorasi berkonsep inggeris…

terima kasih kepada pengantin dan keluarga…moga kalian berdua bahagia selamanya…untuk Echa terima kasih sebab sudi panggil kami untuk projek kali ini…untuk Ekin (my fren), tak sangka ye ble cucuk bunga…tak sia-sia bawak jadik assistance, lain kali kalau ada job lagi da tau nak cari siapa….tak lupa pada Efi, yang sudi singgah sekejap tuk tolong2…wah…semua bermula dengan huruf E la..hehhehehhehehe….seperti biasa, dari team Cantik Manis, aku, my sis Ramlah & my bro in-law Shahril…hope everybody enjoy & puas walaupun memang penat gler..kan?

Pelamin ExclusiveIMG_1509IMG_1510

hiasan meja makan beradap….

IMG_1520IMG_1519

wajah-wajah ceria walaupun da penat seharian di Wisma Sejarah….

ekin, echa, ramlah, zura


Rumah Pengantin Cantik Manis : Azura 019 2880788 : Ramlah 017 6686077