untuk entry kali ini…wedding ni berlangsung jauh sekali di kota Melaka….majlis ini telah diadakan pada 30 Mei untuk majlis nikah, dan 31 Mei untuk majlis persandingan…kami dari Cantik Manis bergerak dari Bangi hampir jam 9 pagi…tiba di Ayer Keroh hampir jam 11.30 pagi…terus saja memulakan tugas….aku menggubah bunga dan kakak & abg ipar memasang pelamin di dalam rumah…untuk pelamin, berkonsepkan tradisional…memilih warna tema hitam & putih…tapi kami menambahkan seri dengan sedikit rona pink…bertepatan dengan warna khemah pengantin di luar rumah…bunga-bunga untuk pelamin pula adalah bunga segar…hiasan juga meliputi tangga naik ke bilik pengantin…dan atas permintaan pengantin…aku turut menggubah untuk sireh junjong, untuk disatukan dengan barisan hantaran yang telah siap di gubah…

pengantin akan di nikahkan selepas waktu asar…aku menyiapkan gubahan untuk bunga-bunga pelamin secepat yang mungkin, bergegas pula menggubah sireh, dan hampir jam 4 ptg, baru memulakan menyolek pengantin…sementara kakak & suaminya masih lagi menyiapkan pelamin dan hiasan tangga di bawah…Zana memilih pelamin tanpa kerusi, sebaliknya lebih suka kepada tradisional…duduk bersimpuh & bersila…tepat waktu yang dijanjikan…rombongan daripada pihak Adi sampai dan majlis berlangsung dengan lancar….

31 Mei…menyambung tugas menggubah bunga…kebetulan, banyak bunga-bunga yang lebih, dan pengantin mahu menghias semua meja makan di khemah dengan bunga segar…tapi gubahan terlalu simple sebab aku mengejar waktu untuk menyiapkan kan Zana sekali lagi untuk majlis persandingan nya…untuk kedua-dua majlis Zana memilh warna putih untuk busana yang ditempah sendiri…tetapi untuk majlis sanding, digabungkan dengan warna silver…sebenarnya bukan lah majlis persandingan yang protokol, pengantin memilih untuk makan beradap dan kemudian bergambar bersama-sama keluarga sahaja…mengabadikan kenangan hari bahagia mereka…usai majlis makan…pengantin mula beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir…terutama kawan-kawan dan saudara mara mereka….ops….lupa, kedatangan pengantin lelaki diiringi oleh teman-teman beliau…menaiki motosikal berkuasa tinggi dan 25 biji kenari…meriah sungguh…

kepada pengantin…Zana & Adi, terima kasih kerana mempercayai kami…semoga bahagia selamanya…kepada keluarga pengantin…terima kasih yang tak terhingga…semoga kalian berdua terus bahagia, cepat dapat anak…hehehhehehe…..

IMG_1460IMG_1438IMG_1440IMG_1473IMG_1480


Rumah Pengantin Cantik Manis
Azura 019 2880788 : Ramlah 017 6686077
Advertisements