Alhamdulillah…akhirnya majlis perkahwinan Fizah & Diddey (betul ke ni ejaan nye?…) selesai sudah…macam-macam yang terjadi…majlis ni berlangsung selama 2 hari…hari pertama 1 Mei…so…cuti hari pekerja…aku tetap bekerja…bangun seawal pagi…sampai rumah pengantin jam 8 lebih…trus mulakan make-up…lebih kurang 10.08am baru kami sampai di Masjid untuk majlis… (date camera lupa betulkan la…..)

saat mendebarkan...


selesai majlis aku terus pulang ke Kajang…tolong gubah bunga tuk pasang pelamin plak…sbb Fizah nak kami gunakan bunga hidup (fresh flower la)…bawa balik anak2 kakak ku…kena jaga diorang sementara kakak ke rumah pengantin siapkan pelamin…da sangat petang…blum siap lagi…sudahnya aku sampai tuk make-up berinai lewat…

majlis sepatutnya bermula jam 9pm…& pihak lelaki juga agak lewat…majlis hanya bermula lebih kurang jam 10.30pm…siap ada bunga api lagi…selesai berinai…dah hampir 11.30pm…naik untuk bersiap baju2 persalinan…mula dengan baju jawa…then kimono…last lengga (baju india la)…semuanya version bertudung….& siap jam 1 pagi…

bunga api...


pagi ni…2 mei…ke Cheras lagi…awal2 da sampai…make-up untuk bersanding…siapkan pengantin lelaki…berarak mula lebih kurang jam 2pm…diikuti majlis merenjis…makan beradap…sesi fotografi keluarga…hampir 4pm naik untuk tukar gown & kot…sempat shoot atas katil jap…& turun balik untuk majlis potong kek…dan 1 majlis bersama “kendarat” atau orang Johor panggil “penanggah”…majlis tamat…kami lari ke Putrajaya untuk outdoor shoot…jam 7.30pm sampai kat rumah….fuhhh…….selesai 1 majlis untuk minggu ini…..

BeforeAfter

terima kasih yang tak terhingga untuk Fizah & family….& sangat berterima kasih buat team Peveyhack yang telah mengambil beratus2 gambar tuk pasangan ini….suka kerja dengan diorang ni…kalau ada lagi…nnt kita jumpa lagi k…oh ya…gambar?????….tunggu team Peveyhack siapkan k….xde kesempatan nak ambil gambar guna kamera sendiri….😉


Rumah Pengantin Cantik Manis: Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura – 019 2880788 : Ramlah – 017 6686077