kali ini update tertinggal lagi untuk pelamin nikah & sanding buat Aimi..kalau dulu untuk majlis pertunangan..Aimi memilih warna purple & putih..kali ini ntuk majlis nikah bertemakan pink & majlis sanding bertemakan peach..

untuk majlis nikah kami memberi sedikit kelainan kerana menggunakan arch, tidak ada backdrop, simple garden dikelilingi paper lantern sesuai mengikut tema.. dan sedikit sentuhan bunga segar menambahkan seri untuk pengantin… untuk pelamin sanding pula Aimi mahukan warna peach, menggunakan pelamin 1 panel, ditambah dengan para penuh dengan juntaian daun2 kecil, berkonsepkan garden… juga menggunakan bunga2 segar dari tema warna yang sama… untuk Aimi & pasangan..moga kekal bahagia ke akhirnya :)

 

ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… :)

ke’busy’an 2-3 minggu yang lepas… & akhirnya…my entry boleh kembali berwarna…

kali ini nak cerita tentang job kami…nun jauh ke Gemencheh Negeri Sembilan…terasa sangat jauh jugak la sebab x pernah sampai ke sana…tapi alhamdulillah kami sampai juga…segala plan terpaksa diubah kerana hari hujan…kalau ikutkan plan asal pengantin nak buat pelamin kat tengah laman…tapi x dapek nak buek sebab hari hujan & laman jadik becak or lecak…whatever perkataan yang u-ols rasa sesuai la yerr….

job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta lagi…gambar2 yang ada ni semuanya diambil sejurus selepas kami siapkan deko nya…tapi kurang cantik sebab macam x siap…specially untuk meja makan…semua kain tirai terpaksa diikat dahulu bagi mengelakkan terlebih kotor & sebagainya…

thanks to Echa for this job…byk siri lagi kita jumpa kan… to pengantin..moga happily ever after yerr…  den x ble lupo anak katak melompat sebolah den…sib baik x melompat samo…heheehehhe….


alhamdulillah…untuk majlis resepsi kali ini kami dapat sekali lagi bekerjasama dengan keluarga Safia…sebenarnya kami telah pun mendekorasikan pelamin nikah, bilik pengantin, & gazebo untuk majlis pernikahan mereka pada kira2 sebulan sebelum majlis resepsi ini…

projek kali ini juga usahasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…memilih tema biru & pink..kali ini majlis diadakan di Dewan Tabung Haji Kelana Jaya..untuk majlis kali ini..kami diamanahkan untuk menghias laluan masuk (entrance), pintu gerbang, walkway, hiasan meja makan & bawah stage (turutan untuk gambar di bawah yerrr…)

thanks you so much untuk semua yang terlibat…& juga keluarga pengantin… juga pihak Tabung Haji… :)

 

~ Rumah Pengantin Cantik Manis ~

salam untuk semua….

entry kali ini untuk pelamin panel…thanks to Sri Bridal yang slalu bagi kitorang job…kali ini mengambil customer Sri Bridal mengambil ilham daripada salah seorang pereka iaitu Arma Design…

menggunakan warna-warna pink, maroon & putih…singgahsana impian ini didirikan di dewan yang terletak di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur….menggunakan bunga artificial, sesuai mengikut budget pengantin…pelamin panel ini gah berdiri di pentas persandingan…tambahan pada hiasan pelamin ini adalah pintu gerbang dan karpet merah untuk laluan pengantin…

thanks to Sri Bridal sekali lagi…thanks to my sis, my bro yang sangat membantu….enjoy the pics :)

Rumah Pengantin Cantik Manis    :    Bandar Baru Bangi

Azura 019 2880788    :     Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic….. :)



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.