kali ini update tertinggal lagi untuk pelamin nikah & sanding buat Aimi..kalau dulu untuk majlis pertunangan..Aimi memilih warna purple & putih..kali ini ntuk majlis nikah bertemakan pink & majlis sanding bertemakan peach..

untuk majlis nikah kami memberi sedikit kelainan kerana menggunakan arch, tidak ada backdrop, simple garden dikelilingi paper lantern sesuai mengikut tema.. dan sedikit sentuhan bunga segar menambahkan seri untuk pengantin… untuk pelamin sanding pula Aimi mahukan warna peach, menggunakan pelamin 1 panel, ditambah dengan para penuh dengan juntaian daun2 kecil, berkonsepkan garden… juga menggunakan bunga2 segar dari tema warna yang sama… untuk Aimi & pasangan..moga kekal bahagia ke akhirnya :)

 

bertemu lagi…kali ini update untuk cik Fifi plak..untuk majlis pertunangan beliau yang telah berlangsung pada Jun 2011 yang lepas…maaf yer Fifi..lambat update dalam blog :)

untuk majlis kali ini Cantik Manis telah mendekorasikan mini pelamin beliau..menggunakan bunga-bunga matahari yang segar…dan bertemakan warna kuning… solekan & tatarias untuk hari majlis juga adalah dari Cantik Manis sendiri…

terima kasih buat Fifi sekeluarga & juga teman2 nya…sebahagian gambar majlis adalah daripada koleksi peribadi beliau… semoga kekal bahagia hendaknya & bahagia selalu :)


 

entry kali ini untuk set pelamin nikah bunga segar..kali ini kami ke Taman Botani Klang..job ini adalah kerjasama dengan our business partner kat Shah Alam..Chahaya Chinta…

walaupun job ini agak mengejut..sebab rancangan asalnya pengantin mahu mengadakan majlis nikah di masjid sahaja, tetapi last minute ada sedikit masalah & rancangan terpaksa bertukar ke rumah…tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar…cuma sedikit masalah dengan bunga yang tidak dapat warna yang sama untuk kuantiti yang banyak… tapi hasilnya tetap cantik…

untuk pengantin..semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia…Selamat Pengantin Baru :)

 



akhirnya…baru jumpa balik…after almost a month x update blog ni..& setelah sekian lama warna tulisan ni hilang…hehehhe…

ok, kali ini uplod untuk job 1 mei aritu…lambat sangat baru dapat upload since ada sedikit masalah kesihatan aritu… kali ini untuk decor bilik pengantin & backdrop untuk mini pelamin…simple sahaja as requested by tuan rumah a.k.a my sis frens…

dua2 decor ini menggunakan warna krim & merah…bagi bilik, simple backdrop untuk katil, jambangan bunga segar untuk katil & meja tepi.. manakala untuk mini pelamin juga dari warna yg sama & diselangi dengan lampu2 kecil di balik tirai… to tuan rumah & pengantin..tq so much & moga happy2 slalu… :)

 


(more…)

masih ingat dulu entry untuk salah seorang my best fren?? kali ini majlis pertunangan kakak beliau diadakan di dewan yang sama…cuma dekorasi nya berbeza…kali ini tidak menggunakan mini pelamin..sebaliknya hanya dekorasi pentas yang lebih simple…

untuk itu, Cantik Manis menyediakan 4 gubahan bunga segar, sebuah kerusi ala taman & bantal2 kecil sebagai penyeri…thanks Eja, thanks Aishah, thanks to all…juga thanks to En Hatta yang tolong uruskan simpanan barang2 kami di D’Tasik selepas majlis…

~ Rumah Pengantin Cantik Manis ~



masih lagi entry untuk majlis perkahwinan Salwa & Yusuf…kali ini untuk majlis akad nikah yang berlangsung di Kajang…rumah nenda kepada Salwa…tempat yang sama di mana ayahanda & bonda beliau bersanding…

untuk majlis nikah ini…kami menyediakan pelamin nikah untuk mereka…platform hantaran, deco meja tetamu & walkway… untuk meja tetamu..diselangselikan dengan hiasan candle holder & hiasan bunga….untuk walkway juga dengan candle holder yang lebih besar…kedua2 candle holder ini milik tuan rumah yer…

untuk pelamin nikah…diselitkan dengan panel moorish…yang ditempah khas oleh tuan rumah juga…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 0192880788   |   Ramlah 0176686077


masih lagi dalam kehangatan berhari raya…namun kerja tetap kerja kan…

ok..untuk kali ini gambar-gambar deco untuk majlis pernikahan Diana..majlis berlangsung di Shah Alam…bertemakan english & moden..gabungan warna soft blue, silver & putih…juga menggunakan gabungan bunga-bunga segar yang terdiri daripada roses, daisy, gerbera dan sebagainya…

job kali ini juga daripada teman kami Chahaya Chinta..our partner in Shah Alam…thanks Echa…very thankful juga untuk keluarga pengantin..yang sangat ramah & baik hati melayan kami hingga jam 3.30 pagi…

pelamin nikah…moden english

hiasan meja beradab & meja tetamu

meja potong kek

bunga hiasan tangga & pintu gerbang

Rumah Pengantin Cantik Manis | Bandar Baru Bangi, Selangor | Azura 019 2880788 | Ramlah 017 6686077

dah lama kawan2 my sister tunggu entry ni…sori sebab lambat update…

entry kali ini untuk majlis pernikahan & persandingan pasangan Qamarina & Azmil…lebih mesra dipanggil Qama…merupakan teman sepejabat my sister… kami diamanahkan untuk mendekorasikan dua pelamin…satu di rumah untuk majlis nikah..& satu lagi untuk majlis sanding di dewan minggu berikutnya…juga dekorasi untuk laluan pengantin (walkway flower)…

untuk majlis nikah…mini pelamin ala garden disesuaikan dengan tema majlis light purple…manakala untuk majlis persandingan di dewan KDE pada minggu berikutnya Qama memilih Pelamin Qaseh…cuma disesuaikan dengan warna tema gold-coklat…dan menggunakan gabungan bunga segar & artificial..

thanks so much to kawan2 my sister…sebab keseluruhan gambar2 pengantin & pelamin nikah adalah dari mereka… big thank you to Elinazz Photography & Laily Jaafar… :)

*** majlis pernikahan Qama & Amil ***

*** majlis persandingan di dewan KDE, Ampang

Rumah Pengantin Cantik Manis @ Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi : Azura 019 2880788 @ Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk Mini Pelamin yang telah didekorasi di Shah Alam… job ini agak mengejut… oleh itu kami tidak dapat menyediakan bunga biru seperti diminta oleh pihak tuan rumah..tetapi alhamdulillah dapat juga menyediakan bunga2 segar yang sesuai dengan tema majlis…

alhamdulillah..semuanya berjalan lancar…walaupun pagi tersebut hujan agak lebat…tetapi semuanya baik2 aja… & bakal pengantin berpuas hati dengan hasil kerja kami…

Rumah Pengantin Cantik Manis     :     Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788     :     Ramlah 017 6686077

alhamdulillah…pertengahan bulan Mei yang lalu telah berlangsung majlis perkahwinan anak-anak saudara kami…dua puteri dinikahkan pada malam yang sama oleh ayahanda tercinta….

kali ini adalah untuk mini pelamin mereka…untuk majlis pernikahan yang telah diadakan di surau berhampiran kediaman mereka di Bukit Mahkota, Bandar Baru Bangi…mini pelamin berunsurkan ala taman…pilihan Faidah & Taqwa untuk hari bersejarah mereka…menggunakan bunga segar & dipenuhi daun2 hijau…Faidah memilih Yasser sebagai teman hidup..manakala si adik Taqwa memilih Razi sebagai pelengkap hidup…

Rumah Pengantin Cantik Manis   :   Bandar Baru Bangi, Selangor

Azura 019 2880788     :     Ramlah 017 6686077

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.