sambung lagi entry untuk liza kat semenyih…kalau before ni i letak entry untuk hantaran2 dia…kali ni untuk deco2 kat rumah dia plak…
deco2 kali ni untuk bilik tidur pengantin…liza request 2 gubahan tuk tepi katil atas side table dia…& as usual bunga panjang atas katil… all the colors guna pink, shocking pink, putih & sikit hijau laa…bagi neutral sket… semua flower arrangement ni banyak guna grouping la…suka plak buat design macam ni sekarang ni… :)

untuk tangga…liza cuma request guna putih & pink…so, flower also sama lah…comel jer bunga nya… untuk meja makan pula…since kat rumah ni liza buat majlis nikah jer….kecil2an untuk family jer…so, untuk centerpiece atas semua meja ni pun still guna grouping teknik, bunga2 yang sama…but nak bagi dia nampak lain & comel… i deco dalam mug :)

to liza & family…thanks a lot…macam teringat2 air dragon fruit & laici aritu…semoga bahagia selalu hendaknya… :)



untuk majlis kali ini Cantik Manis menyediakan mini pelamin, hiasan tangga & juga make-up untuk Jaja pada hari pertunangan beliau…

memilih tema warna peach, untuk mini pelamin kami gunakan gabungan hitam putih  peach…untuk tangga scallop putih & bunga peach…

thanks to Jaja…moga bahagia hingga ke jinjang pelamin….


masih lagi dalam kehangatan berhari raya…namun kerja tetap kerja kan…

ok..untuk kali ini gambar-gambar deco untuk majlis pernikahan Diana..majlis berlangsung di Shah Alam…bertemakan english & moden..gabungan warna soft blue, silver & putih…juga menggunakan gabungan bunga-bunga segar yang terdiri daripada roses, daisy, gerbera dan sebagainya…

job kali ini juga daripada teman kami Chahaya Chinta..our partner in Shah Alam…thanks Echa…very thankful juga untuk keluarga pengantin..yang sangat ramah & baik hati melayan kami hingga jam 3.30 pagi…

pelamin nikah…moden english

hiasan meja beradab & meja tetamu

meja potong kek

bunga hiasan tangga & pintu gerbang

Rumah Pengantin Cantik Manis | Bandar Baru Bangi, Selangor | Azura 019 2880788 | Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic….. :)



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.