akhirnya…baru jumpa balik…after almost a month x update blog ni..& setelah sekian lama warna tulisan ni hilang…hehehhe…

ok, kali ini uplod untuk job 1 mei aritu…lambat sangat baru dapat upload since ada sedikit masalah kesihatan aritu… kali ini untuk decor bilik pengantin & backdrop untuk mini pelamin…simple sahaja as requested by tuan rumah a.k.a my sis frens…

dua2 decor ini menggunakan warna krim & merah…bagi bilik, simple backdrop untuk katil, jambangan bunga segar untuk katil & meja tepi.. manakala untuk mini pelamin juga dari warna yg sama & diselangi dengan lampu2 kecil di balik tirai… to tuan rumah & pengantin..tq so much & moga happy2 slalu… :)

 


(more…)

kali ini terajin sket upload entry coz ada byk masa free… :) tp yang peliknya sekarang ni da tak boleh nak pilih warna tulisan tuk entry…adoiii….

kali ini untuk dekorasi pelamin & bilik pengantin…bertemakan warna krim,coklat & maroon..kali ini masih lagi kerjasama dengan our partner di Shah Alam..Chahaya Chinta…design kali ini adalah pilihan pasangan pengantin sendiri…kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya…
menggunakan bunga segar..berwarna maroon untuk menaikkan seri pelamin yang lebih kepada warna krim & coklat…

untuk dekorasi bilik pula..lebih menggunakan warna krim daripada set cadar & backdrop..maka kami selitkan dengan gubahan bunga menggunakan warna-warna ceria…kuning-oren, merah, putih & hijau…juga gantungan bola2 kristal yang bersinar…
to pengantin…moga kekal bahagia ke anak cucu…thanks so much :)

sambung lagi entry untuk liza kat semenyih…kalau before ni i letak entry untuk hantaran2 dia…kali ni untuk deco2 kat rumah dia plak…
deco2 kali ni untuk bilik tidur pengantin…liza request 2 gubahan tuk tepi katil atas side table dia…& as usual bunga panjang atas katil… all the colors guna pink, shocking pink, putih & sikit hijau laa…bagi neutral sket… semua flower arrangement ni banyak guna grouping la…suka plak buat design macam ni sekarang ni… :)

untuk tangga…liza cuma request guna putih & pink…so, flower also sama lah…comel jer bunga nya… untuk meja makan pula…since kat rumah ni liza buat majlis nikah jer….kecil2an untuk family jer…so, untuk centerpiece atas semua meja ni pun still guna grouping teknik, bunga2 yang sama…but nak bagi dia nampak lain & comel… i deco dalam mug :)

to liza & family…thanks a lot…macam teringat2 air dragon fruit & laici aritu…semoga bahagia selalu hendaknya… :)



sibuk beraya sama…lupa pada update yang sepatutnya…ehehhehe…

kali ini entry untuk pelamin panel..untuk job kali ini & seperti selalunya jika di Shah Alam adalah kerjasama dengan Chahaya Chinta…pelamin ini di request oleh pihak pengantin…dia nak sama macam pelamin seperti yang pernah direka oleh butik lain…so, kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian mereka….

tema color biru turqoise & putih…deko kali ini untuk pelamin dan bilik tidur…nampak simple…tapi cantik… :) thanks to Echa from Chahaya Chinta…thanks to Pengantin & Family for support & layanan untuk kami semasa berada di sana…



keterbatasan waktu dek kerana kerja-kerja yang perlu diuruskan terlebih dahulu…dan kini menyambung perjalanan Cantik Manis…

sekitar majlis pertunangan my sister…kalau 2 entry sebelum ini untuk hantaran dari kedua2 pihak…kali ini untuk deco bilik tidur & juga sekitar majlis berlangsung…

selamat bertunang kepada kakak ku…terima kasih kepada rombongan yang datang…& terima kasih yang tak terhingga untuk seluruh ahli keluarga & saudara mara yang terlibat…

sekitar majlis…

 

Rumah Pengantin Cantik Manis    |    Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077

entry kali ini untuk dekorasi pelamin 1 panel, dekorasi tangga & meja makan beradap….juga pintu gerbang…keseluruhannya menggunakan bunga-bunga segar….campuran warna pink, purple & putih….majlis berlangsung di Sri Gombak pada 18-19 Dec 2009…

untuk dekorasi pelamin…pengantin memilih untuk menggunakan pelamin jenis panel kayu…berlatarbelakang warna putih & dipenuhi bunga-bunga segar gabungan 3 warna pilihan….keseluruhan dekorasi menggunakan adunan warna yang sama….untuk tangga dibahagian tengah banyak menggunakan rona pink…dihiasi reben besar & sejambak bunga…untuk hiasan bilik tidur….kami hanya menyediakan gubahan bunga…untuk meja sisi katil & bunga katil….masih menggunakan bunga-bunga yang sama…turun ke khemah pengantin…kami menyediakan gubahan bunga untuk meja utama pengantin…& akhirnya pintu gerbang di hadapan khemah…sedikit kelainan warna….bunga tangan percuma dari kuntuman ros merah untuk si pengantin jelita….

terima kasih pada tuan rumah….juga maaf kerana mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan kerja-kerja dekorasi ini….memasang pelamin sahaja sehingga jam 4.30 pagi…dan bersambung pada pagi sabtu untuk pintu gerbang & meja makan….terima kasih tak terhingga pada pasangan pengantin…Zurai & Basiq…kerana memberi kepercayaan pada CantikManis untuk mendekorasikan singgahsana persandingan mereka…thanks to my frens…ekin & linda yang banyak membantu….to my family, my sis & my bro….& of course to myself….

to all…enjoy the pic….. :)



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.