hantaran


da lama x update blog kan…kadang2 bila line internet ni sgt2 slow…memang susah la nak update kan…pastu tambah plak dengan kerja2 every week…apapun alhamdulillah…job masuk tiap2 minggu…

kali ini untuk hantaran bunga segar…warna merah…sebab merah itu cinta…hantaran ni untuk cik liza…skrang ni da jadik pn liza la…liza kata semua hantaran da bagi waktu bertunang dulu…& kali ni pihak lelaki nk bawa cincin sedulang..jadik ini hantaran balas dr pihak perempuan la…sebakul buah, coklat & cookies…


entry yang tertinggal…kali ini untuk gubahan hantaran…tapi hanya dua sahaja…& request dari 2 orang yg berbeza…gubahan coklat ke utara & bakul buah ke Pahang…kebetulan request nya mahukan warna yang sama…jadik ini lah hasilnya…

kalau sebelum ini set hantaran daripada pihak Nadhirah, kali ini pula set hantaran daripada pihak lelaki…5 dulang hantaran pertunangan…menggunakan bunga dip sebagai bunga dulang…& warna purple menjadi kegemaran mereka…hantaran terdiri daripada sireh, telekung & sejadah, cincin, buah & kek….

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~

kali ini entry untuk hantaran pertunangan Cik Nadhirah…salah seorang teman semasa kerja di Sapura…entry kali ini untuk hantaran daripada Nadhirah..sebanyak 7 dulang semuanya…menggunakan warna pink & gabungan carnation & baby breath…7 dulang terdiri daripada sireh, sejadah, sepasang baju melayu & sampin, potpuri, kek, coklat & buah…

~~ Cantik Manis Bridal & Bouquet ~~


akhirnya mempunyai kesempatan untuk kerja2 update blog Cantik Manis ni…

kali ini kita ke majlis perkahwinan puteri ke-2 teman baik kakak…kak Ramlah la…alhamdulillah..untuk majlis kali ini kami diberi amanah untuk menyiapkan hantaran, pelamin nikah & deco table untuk majlis nikah di rumah..dan pelamin & deco untuk majlis persandingan mempelai di Dewan…

so, part 1…kita mulakan dengan dekorasi hantaran…as requested, cik pengantin nak guna this orkid…only orkid..& simple design..bakul sampan tu oleh keluarga pengantin sendiri yer… gambar kek lupa nak amik.. :)

 

Rumah Pengantin Cantik Manis   |   Bandar Baru Bangi, Selangor   |   Azura 019 2880788   |   Ramlah 017 6686077


masih lagi entry istimewa untuk my sister…kali ini hantaran balas daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki..

9 dulang kesemuanya…sedikit sentuhan berlainan kerana hanya sireh & kek sahaja mempunyai bunga..manakala yang lain menggunakan hiasan2 reben & bola2 purple…(handmade lagi tau..)

bertemakan purple & putih..simple tapi menarik..sesedap mata memandang..sentuhan deco dari adik yang seorang ini…hehhehe…

9 dulang dari kami…sireh pembuka bicara, senaskhah tafsir Quran, kemeja & tali leher, wallet & belt, towel, set haruman, kek, kuih tart nenas (special dr penang) & buah sebakul (pun cari yang kaler purple) :)

owh ya..thanks to my bro in law nyer photographer…yang bagi semua gambar2 hantaran ni..almaklumla..adik pengantin teramat la busy sampai x sempat nak amik gambar hantaran sendiri buat ni… :)

 

Rumah Pengantin Cantik Manis     |     Bandar Baru Bangi, Selangor     |     Azura 019 2880788     |     Ramlah 017 6686077

salam semua… special for my luvly Sis entry… Sazzelina & Roslan on 10.10.10…& her wedding was purple theme :)

part 1…kita mulakan dengan hantaran dari pihak lelaki ok…7 dulang kesemuanya…menggunakan gabungan bunga2 segar…all design & deco from me…just arrange the flower ikut suka hati jer…btw, orang2 kat rumah memang tak tau la pasal deco ni sebab I sewa rumah my big bro untuk buat hantaran2 ni semua…& terpaksa lari from majlis tahlil kat rumah…huhuhu…bila balik rumah malam tu masing2 kelaparan sebab awal2 x makan…thanks to my nephews yg ber3 tu… Afifi, Amirul & Afiq…walaupun korang tidur or tengok tv jer…

ok..back to all the deco..7 dulang untuk my sister…sireh junjung, tafsir Quran, cincin & mas kahwin, set barang kemas & jam tangan, 2 pasang baju, coklat & buah-buahan…

Rumah Pengantin Cantik Manis    |    Bandar Baru Bangi, Selangor    |    Azura 019 2880788    |    Ramlah 017 6686077


Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.