kali ini update tertinggal lagi untuk pelamin nikah & sanding buat Aimi..kalau dulu untuk majlis pertunangan..Aimi memilih warna purple & putih..kali ini ntuk majlis nikah bertemakan pink & majlis sanding bertemakan peach..

untuk majlis nikah kami memberi sedikit kelainan kerana menggunakan arch, tidak ada backdrop, simple garden dikelilingi paper lantern sesuai mengikut tema.. dan sedikit sentuhan bunga segar menambahkan seri untuk pengantin… untuk pelamin sanding pula Aimi mahukan warna peach, menggunakan pelamin 1 panel, ditambah dengan para penuh dengan juntaian daun2 kecil, berkonsepkan garden… juga menggunakan bunga2 segar dari tema warna yang sama… untuk Aimi & pasangan..moga kekal bahagia ke akhirnya :)

 

update lagi..sorry yer to all my customers, sebab gambar2 event mereka sangat lambat saya dapat update… Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada & kurang masa untuk edit & update blog…

kali ini update untuk make-up pula yer..majlis telah berlangsung Julai 2011 yang lalu..dekat sahaja..di Kajang.. :) si manis Zaza memilih warna purple sebagai tema majlis, semoga kekal bahagia dik yer..

salam semua..

sudah agak lama kami menyepikan diri…dek kerana kesibukan bekerja..menguruskan majlis2 perkahwinan setiap customer..mendekorasikan pelamin2 indah untuk hari2 bahagia mereka…insyaAllah, kami akan berusaha untuk lebih cepat mengemaskini blog & fanpage di facebook yer…

untuk kali ni kami update pelamin untuk hari bahagia Husna…di Bandar Baru Bangi…thanks so much to Husna & family…moga kekal bahagia & cepat2 dapat baby yer… :)

ira azura @ Cantik Manis :)

kali ini untuk mini pelamin lagi…alhamdulillah mini2 pelamin kami semakin mendapat sambutan…

kali ini untuk majlis pertunangan Shikin..di Subang Jaya pada Jun yang lalu..lebih moden..memilih warna kuning & putih untuk disesuaikan dengan tema majlis iaitu gold-krim… untuk Shikin moga kekal bahagia hendaknya…


kali ini kita ke Shah Alam pula yer…dekorasi pelamin untuk majlis nikah di Seksyen 7 Shah Alam..kerjasama Cantik Manis & Chahaya Chinta…. pelamin kali ini bertemakan warna biru & menggunakan bunga-bunga segar juga dari rona warna yang sama…semoga pasangan ini kan kekal bahagia… :)

bertemu lagi…kali ini update untuk cik Fifi plak..untuk majlis pertunangan beliau yang telah berlangsung pada Jun 2011 yang lepas…maaf yer Fifi..lambat update dalam blog :)

untuk majlis kali ini Cantik Manis telah mendekorasikan mini pelamin beliau..menggunakan bunga-bunga matahari yang segar…dan bertemakan warna kuning… solekan & tatarias untuk hari majlis juga adalah dari Cantik Manis sendiri…

terima kasih buat Fifi sekeluarga & juga teman2 nya…sebahagian gambar majlis adalah daripada koleksi peribadi beliau… semoga kekal bahagia hendaknya & bahagia selalu :)


 

ini juga job yang telah tertinggal…job kali ini kerjasama Cantik Manis dengan Chahaya Chinta…our partner yang kat Shah Alam… pelamin kali ini bertempat di Foyer Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, PJ… bertemakan pink & putih dengan elemen modern garden & menggunakan bunga-bunga segar…

untuk job kali ini thanks so much to our frens yg sama2 membantu… Suzi & Ekin yang membantu untuk keseluruhan gubahan bunga…since i just have a minor operation a week before… for the couple>> selamat Pengantin baru… :)

setelah lama tidak dapat melakukan tugas ini…akhirnya berjaya juga mencari peluang untuk mengemaskini & memasukkan gambar2 yang telah lama tersimpan..

kali ini untuk majlis pertunangan Cik Fara (lebih senang menggunakan nama FB nyer)… majlis ini sebenarnya berlangsung pada akhir Mei lalu, di kala saya berehat kerana masalah kesihatan… terima kasih pada Cik Fara untuk gambar2 yang saya copy dari album peribadi beliau… TQ so much dear :)


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI KAMI DI CANTIK MANIS…SEMOGA SYAWAL KALI INI AKAN LEBIH BERMAKNA BUAT ANDA SEMUA…AMPUN MAAF DIPINTA ANDAI ADA KESILAPAN & KEKURANGAN DARI KAMI SELAMA KAMI MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERI… SALAM MERDEKA JUGA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA :)

Dari 9 – 17 Julai 2011 yang lepas Cantik Manis berpeluang turut serta dalam pameran bunga di Pesta Bunga & Taman Putrajaya FLORIA 2011…kami sangat gembira & berbesar hati kerana turut diundang bagi memeriahkan FLORIA kali ini…

Sempena FLORIA 2011 Cantik Manis membawakan Singgahsana Fantasia Cinta untuk tatapan umum…pelamin moden menggunakan panel kayu yang dihiasi penuh dengan kuntuman ros merah sebagai tanda cinta…di kiri & kanan pelamin ini juga dihiasi dengan taman bunga…juga menggunakan bunga2 mawar bersempena dengan tema FLORIA 2011.. “Mawar untuk Selamanya – Roses Are Forever ”

Untuk semua yang terlibat dengan persiapan kali ini..jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari Cantik Manis.. Thanks so much to Mr Eric & team yang membawa kami masuk ke FLORIA 2011, thanks so much to my family.. my sisters Ramlah, Saibah, Sazzelina..my brother in law Shahril, my nephews Afifi, Afizu, Afiq, Sophee (kawan Afiq), all the families members yang turut support dari jauh x kira dimana mereka berada.. to all my frens yang sangat menyokong kami..thanks to security guard yang tolong jaga our Singgahsana sepanjang FLORIA sebab semua orang nak naik bergambar… & thanks so much to all pengunjung2 FLORIA yang suka dengan hasil kerja kami :)

gambar2 sepanjang persediaan Singgahsana Fantasia Cinta hingga berakhirnya pameran di Putrajaya…

from the blank carpet…

 


 


 

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.